.Hari Ini.


Friday, January 21, 2011

.Al Fatihah.

 بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Pagi ini ana dikejutkan dengan pemergian atok kepada Ummu..
Perginya arwah pada hari yang penuh barakah ini..
Pergi yang takkan kembali lagi..
Mohon sama-sama kita sedekahkan bacaan Al Fatihah..
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.(1)
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,(2)
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.(3)
Yang menguasai hari pembalasan.(4)
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.(5)
Tunjukilah kami jalan yang lurus,(6)
(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (7)

Wednesday, January 19, 2011

.Bila ALLAH Menduga Kita.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Bila Allah menduga kita..
Terasa tak terbendung beratnya dugaan yang menimpa..
Terasa ingin pecah dada ini..
Kerana dugaan yang menimpa,
Datang tanpa kita menduganya..

Bila Allah menduga kita..
Tanpa sebarang isyarat,
Tanpa sebarang petanda..
Menarik yang terbaik dalam hidup kita..
Rasa keseorangan mula berleluasa..

Bila Allah menduga kita..
Tangis sendu menyesakkan dada
Kita bagaikan terlupa cara untuk mengukir senyuman..
Bila Allah menduga kita..
Terasa kelam alam ini..
Dunia bagaikan terhenti putarannya..

Benarkah?
Benarkah begitu sahabatku?

Andai benar,
Bersabar dan bersyukurlah,
Kerana kita masih diberi peluang bernafas,
Untuk terus beribadah kepadaNya

Kadangkala kita lupa,
Kita makhluk ciptaanNya..
Segalanya  yang ada
Adalah milik DIA
DIA yang Esa..

Setiap denyutan nadi..
Setiap nafas yang dihela,
Setiap langkah yang diatur..
Semuanya milik DIA..

Kita?
Kita tak punya apa-apa..

Maka sahabat,
Bersangka baiklah padaNya..
Yakinlah setiap yang diberiNya
Adalah yang terbaik buat kita..
Kerana DIA sebaik-baik Perancang..

Maka sahabat,
Berdoalah kepada Rabb mu..

Ya Rabb..
Kala ini langkahku sumbang sekali..
Pincang rasanya..
Lelah dadaku saat ini..

Ya Rabb..
Aku begitu mendambakanMu..
Dalam setiap denyutan nadiku..
Dalam setiap hela nafasku..
Dalam setiap jejak langkahku..

Di mana jua bumi ku pijak
Di mana jua langit ku junjung
Walau tika susah..
Walau tika senang..
Walau tika suka..
Walau tika duka..
Aku tidak akan sesekali berhenti mencari redhaMu..

Monday, January 17, 2011

.Kosong.

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas pembalut hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan sangat manja, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.
“Jangan dibuang-buang ye.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti la sayang.”
Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa kacau ayah…awal lagi ni ayah nak bangun.”

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.! “Hadiah apa ni?”

“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.” Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.

Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”
Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sangat ciuman untuk Ayah.”

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu simpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong, Puteri isi lagi ye!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi? Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:


Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” kita sendiri. Sebagaimana kita memandang hidup demikianlah kehidupan kita Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana kita memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…

Thursday, January 13, 2011

.Istiqamah.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



"Kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan,
kesabaran itu ketenangan, kemaafan itu kekuatan,
kepandaian itu kekayaan, istiqomah itu bukti kehambaan" 

Istiqamah dalam beramal:

1.Kena ada HIMMAH. Maksud himmah dengan bahasa yang mudah adalah kekuatan dorongan hati, tekad dan keazaman yang kuat untuk mendapatkan sesuatu dan tumpuan hati kepada perkara yang hendak diperolehi itu.

2.Kena ada ILMU, sebagai peta.

3.Kena tahu 'YARDSTICK' atau KAYU UKUR barulah kita boleh istiqamah, jika nak ke Mekah jalan kaki baru sampai Thailand kayu ukur kata jauh lagi, jadi kita akan bersungguh2 lagi dalam perjalanan, sebab kayu ukur kita baru mula.

4.Kena ada rakan taulan sejalan untuk MUZAKARAH.

TAPI bila dah ada ILMU sekadarnya atau banyak, nak berAMAL tu susah sebab ada 4 halangan besar:
1. Dunia
2. Makhluk
3. Syaitan
4. Nafsu

Kena atasi 4 halangan ini dulu, baru mudah untuk berAMAL

Bila dah beramal banyak jangan RASA DAH PUAS dgn amal ibadat kita kerana amal itu diiringi oleh:
1. Syaitan
2. Nafsu

Setiap lirikan mata dalam ibadat seperti solat, Rasulullah saw kata syaitan sudah mengiringi solat itu. Misalnya semasa solat, kita lirik kepada cincin di jari, atau sejadah cantik, itu baru lirikan mata, syaitan sudah SAMBAR apatah lagi (kata Sheikh Ibnu Qoiyum aljauzi) lirikan hati kepada selain Allah swt semasa solat dll.

Bila dah istiqamah, kena ikhlas dalam beramal. Ikhlas BUAT SESUATU KERANA ALLAH.

IKHLAS dari sudut orang awam:
1.Kena tahu tujuan kita beramal (HALUAN,TUJUAN DAN HABUAN)
2.Jangan bergantung atau IKTIMAD atas amal.
3.Jangan ada nak upah atau ganjaran dari amalan itu.
4.Jangan berkira2, amalan ni fadhilat apa? apa rahsia? apa natijah?

Langkah untuk jaga IKHLAS kita; jangan kagum dengan amal, jangan gembira boleh beramal, tetapi gembiralah kerana Allah swt pilih kita boleh beramal. Kalau kita gembira kita sudah beramal, boleh beramal, boleh buat banyak amal, kita akan secara tak sedari sudah bergantung kepada diri sendiri:
1.Kuat kita
2.Cerdik kita
3.Harta kita, duit kita.
4.Keturunan kita.
5.Ilmu kita

Jangan kagum dengan amal kita kerana Allah lah yang mencipta amal kita. Kita gembira sebab Allah pilih kita untuk beramal dan takdirkan kita beriman, berislam dan berihsan. Jadi kita gembira syukur Allah pilih kita. Insya'Allah jika kita ada perasaan begitu, IKHLAS kita akan SELAMAT.

Allah swt berfirman:
"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah." (Al Mulk : 19)

. . . . . . . . . . . . . . . . 

Semua manusia binasa KECUALI orang ada ilmu, semua ahli ilmu binasa KECUALI orang yang beramal, semua orang beramal binasa KECUALI orang yang ikhlas, semua orang ikhlas, perlu cemas lagi, bimbang, takut allah swt, tidak terima amalannya.




Tuesday, January 11, 2011

.Mukadimah.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah..blog ni adalah kesinambungan blog kembali kepada fitrah..
Atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan ana akan teruskan perjuangan disini..
http://asrarlifeofabdiilahi.blogspot.com/

Ya Allah, izinkan diri ini menjadi sekuntum bunga, 
yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia, 
harum mewangi dengan ilmu agama, 
cantiknya kerana iman dan taqwa. 
Namun biarlah keindahan zahirnya tersimpan rapi, 
biar menjadi rahsia yang kekal abadi, 
bukan perhatian mata ajnabi, 
yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi..
Gentar hati ini jika wajah mengundang dosa, 
ku timbulkan duri agar memagari diri agar terpelihara dari noda duniawi.. 
Ameen..
Ameen Ya Rahman..
Ameen Ya Rahim..
Ameen Ya Rabbal Alamin..