.Hari Ini.


Monday, March 28, 2011

.99.

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



“Hanya milik Allah Asma-ul Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat Allah), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama baik itu, dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan”. (al-A‘raf : 180)


AR-RAHMAN 
MAHA PEMURAH 

AR-RAHIM 
MAHA PENGASIH 

AL-MALIK 
MAHA AGUNG 

AL-QUDDUS 
MAHA SUCI 

AS-SALAM 
MAHA SELAMAT SEJAHTERA 

AL-MUKMIN 
MAHA MELIMPAHKAN KEAMANAN 

AL-MUHAIMIN 
MAHA PENGAWAL & PENGAWAS 

AL-AZIZ 
MAHA BERKUASA 

AL-JABBAR 
MAHA KUAT 

AL-MUTAKABBIR 
MAHA MEMILIKI KEBESARAN 

AL-KHALIQ 
MAHA PENCIPTA 

AL-BARI 
MAHA MENJADIKAN 

AL-MUSAWWIR 
MAHA PEMBENTUK 

AL-GHAFFAR 
MAHA PENGAMPUN 

AL-QAHHAR 
MAHA MENENTUKAN 

AL-WAHHAB 
MAHA PEMBERI 

AR-RAZZAQ 
MAHA PEMBERI REZEKI 

AL-FATTAH 
MAHA PEMBUKA 

AL-ALIM 
MAHA MENGETAHUI 

AL-QABIDH 
MAHA PENGEKANG 

AL-BASIT 
MAHA MELIMPAHKAN NIKMAT 

AL-HAFIDD 
MAHA MERENDAHKAN 

AR-RAFI’ 
MAHA MENINGGIKAN 

AL-MU’IZ 
MAHA MEMULIAKAN 

AL-MUZIL 
MAHA MENGHINAKAN 

AS-SAMI’ 
MAHA MENDENGAR 

AL-BASIR 
MAHA MELIHAT 

AL-HAKAM 
MAHA PENGHUKUM 

AL-‘ADL 
MAHA ADIL 

AL-LATIF 
MAHA LEMBUT 

AL-KHABIR 
MAHA MENGETAHUI 

AL-HALIM 
MAHA PENYANTUN/SABAR 

AL-‘AZIM 
MAHA AGUNG 

AL-GHAFUR 
MAHA PENGAMPUN 

ASY-SYAKUR 
MAHA BERSYUKUR 

AL-‘ALIY 
MAHA TINGGI 

AL-KABIR 
MAHA BESAR 

AL-HAFIZ 
MAHA PEMELIHARA 

AL-MUQIT 
MAHA PENJAGA 

AL-HASIB 
MAHA PENGHITUNG 

AL-JALIL 
MAHA SEMPURNA 

AL-KARIM 
MAHA PEMURAH 

AR-RAQIB 
MAHA MENGAWASI 

AL-MUJIB 
MAHA MENGABULKAN 

AL-WASI’ 
MAHA LUAS 

AL-HAKIM 
MAHA BIJAKSANA 

AL-WADUD 
MAHA MENGASIHANI 

AL-MAJID 
MAHA MULIA 

AL-BA’ITS 
MAHA MEMBANGKITKAN 

ASY-SYAHID 
MAHA MENYAKSIKAN 

AL-HAQ 
MAHA BENAR 

AL-WAKIL 
MAHA PENTADBIR 

AL-QAWIY 
MAHA KUAT 

AL-WALIY 
MAHA PELINDUNG 

AL-MATIN 
MAHA TEGUH 

AL-HAMID 
MAHA TERPUJI 

AL-MUHSI 
MAHA PENGHITUNG 

AL-MUBDI 
MAHA MEMULAI 

AL-MU’ID 
MAHA MENGEMBALIKAN 

AL-MUHYI 
MAHA MENGHIDUPKAN 

AL-MUMIT 
MAHA MEMATIKAN 

AL-HAYY 
MAHA HIDUP 

AL-QAYYUM 
MAHA BERDIRI SENDIRI 

AL-WAJID 
MAHA PENEMU 

AL-MAJID 
MAHA MULIA 

AL-WAHID 
MAHA ESA 

AL-AHAD 
MAHA ESA (SATU) 

AS-SAMAD 
TEMPAT BERGANTUNG 

AL-QADIR 
MAHA BERUPAYA 

AL-MUKTADIR 
MAHA BERKUASA 

AL-MUKADDIM 
MAHA MENYEGERAKAN 

AL-MUAKHIR 
MAHA MENGAKHIRKAN 

AL-AWWAL 
YANG PERTAMA 

AL-AKHIR 
YANG AKHIR 

AZ-ZAHIR 
YANG ZAHIR 

AL-BATIN 
YANG BATIN 

AL-WALI 
YANG MEMERINTAH 

AL-MUTA’ALI 
MAHA TINGGI & MULIA 

AL-BARR 
MAHA BAIK 

AT-TAWWAB 
MAHA PENERIMA TAUBAT 

AL-MUNTAQIM 
MAHA PENGHUKUM 

AL-‘AFUW 
MAHA PEMAAF 

AR-RAUF 
MAHA BELAS KASIHAN 

MALIKUL-MULK 
MAHA PEMILIK KERAJAAN 

DZUL-JALALI 
MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN & KEMULIAAN 

AL-MUQSIT 
PEMILIK KEADILAN 

AL-JAMI’ 
MAHA MENGUMPULKAN 

AL-GHANIY 
MAHA KAYA 

AL-MUGHNI 
YANG MAHA MEMAKMURKAN 

AL-MANI’ 
MAHA PENCEGAH 

AD-DARR 
MAHA MENDATANGKAN 

AN-NAFI’ 
YANG MEMBERI MANFAAT 

AN-NUR 
MAHA PEMBERI CAHAYA 

AL-HADI 
MAHA PEMBERI PETUNJUK 

AL-BADI’ 
MAHA PENCIPTA KEINDAHAN 

AL-BAQI 
MAHA KEKAL 

AR-WARITS 
MAHA MEWARISI 

AR-RASYID 
MAHA PEMBERI PETUNJUK 

AS-SABUR 
MAHA PENYABAR

Tuesday, March 15, 2011

.Salam.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Menurut hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, ucapan salam diajar secara sempurna oleh para malaikat kepada Nabi Adam a.s dengan lafaz “Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh”. Allah memberiahu Nabi Adam a.s: “Ini ialah salam kamu dan keseluruhan zuriatmu hingga ke hari kiamat”. 

Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: “ Sesungguhnya antara perkara yang menyebabkan mendapat keampunan daripada Allah ialah member salam dan baik percakapan”. Hadis riwayat at-Thabarani. 


Hukum mengucapkan salam kepada seseorang Islam yang lain ialah sunat. Menjawab salam pula hukumnya wajib. Mengucapkan salam dianggapnsebagai hak seorang Muslim kepada seorang Muslim yang lain. Mereka yang tidak mengucapkan salam dianggap sebagai orang bakhil dan cuai dalam menunaikan hak sesame Muslim. Mengucapkan salam dituntut ketika hendak masuk ke rumah orang lain. Mengucapkan salam juga dilakukan ketika hendak masuk ke rumah sendiri. Allah berfirman didalam surah an-Nur ayat 61 yang bermaksud: “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah hendaklah kamu memberi salam kepada sesiapa saja seperti kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik”. 

Menerusi ayat tersebut, tuntutan memberi salam itu merangkumi dua keadaan: 


i) Memberi salam ke atas ahli keluarga yang ada di dalam rumah pada ketika itu 

ii) Memberi salam ke atas dirinya sendiri walaupun jika tidak ada orang di dalam rumah tersebut.

Lafaz salam boleh diucapkan dengan memberi ucapan “ Assalamualaikum”. Ucapan salam yang lain ialah lafaz “Assalamu’alaina wa’ala ‘ibadillahissalihin” yang bermaksud, “Sejahteralah ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh”. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “As-Salam” itu ialah nama Allah yang diletakkan –Nya di bumi, sebarkanlah nama Allah itu antara kamu”. Hadis riwayat al-Bazzar dan at-Thabarani. 


Semasa mengucapkan salam kita menyebut nama Allah. Amalan memberi salam sebelum masuk kedalam rumah disifatkan sebagai mengingati allah. Ucapan salam akan menghindari diri daripada syaitan. 


Jabir r.a mendengar Nabi SAW bersabda maksudnya: “Apabila seorang lelaki masuk ke dalam rumahnya lalu dia mengingati Allah ketika hendak masuk dan ketika hendak makan, syaitan berkata (kepada pengikutnya): “Tidak ada tempat bermalam dan tiada makan malam bagi kamu”. Namun jika dia masuk rumah tanpa mengingati Allah, syaitan berkata: “Sudah ada tempat bermalam untuk kamu”. Dan jika seseorang itu makan tanpa mengingati Allah, syaitan berkata: “Bagi kamu ada tempat bermalam dan makan malam.” (Hadis riwayat al-Bukhari) 

Antara kelebihan salam yang paling utama ialah menimbulkan rasa saying dan kemesraan. Perasaan tersebut menjadi asas pengerat hubungan sesame manusia. Kasih sayang menjadi penyebab turunya rahmat Allah. Berkat ucapan salam, ahli keluarga akan diliputi rahmat daripada Allah dan terhinda daripada gangguan syaitan. Keberkatan penghuni dipaparkan dengan hidup yang tenang, tenteram dan rukun damai. 


Kesimpulannya member salam bukan saja semasa ada ahli keluarga di dalam rumah malah dibolehkan jika tiada penghuni di dalam rumah. Semoga amalan sunah yang kecil ini, bakal dibalas dengan ganjaran yang besar disisi Allah SWT.


Saturday, March 12, 2011

.Marahkan siapa?.



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Suatu hari, Syaqiq al-Balkhi, seorang sufi telah membeli sebiji tembikai untuk isterinya dan ini membuatkan isterinya begitu gembira. Tetapi apabila buah tembikai itu dibelah, isinya tidak elok. Kerana itu marah-marahlah si isteri tadi kerana kecewa mendapati isi buah tembikai itu tidak seperti yang diharapkannya.

"Kepada siapa engkau tujukan marah kau itu? Adakah kepada penjual atau pembeli atau penanam ataupun kepada pencipta buah tembikai itu?" tanya Syaqiq kepada isterinya.

Kemudian dengan lembut dia berkata lagi; "Wahai isteriku. Ketahuilah, si penjual itu tentu ingin agar jualannya teridiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli pula tentu ingin membeli yang terbaik sahaja. Manakala si penanam, kalau mampu, sudah tentu dia ingin agar hasil tanamannya yang terbaik juga. Nyatalah, bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai itu. Bertakwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya."

Sunday, March 6, 2011

.Sultan Muhammad Al-Fateh.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Seorang sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.

Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?


Biodata Ringkas

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Baginda menaiki takhta ketika berusia  19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.


Pendidikan

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan,  memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.


Keperibadian

Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.


Persiapan Awal Membebaskan Konstantinopel

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.


Melancarkan Seragan ke atas Konstantinopel

Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan Raaja Bizantin menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.


Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.


Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.


Melancarkan Kapal Perang dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan(warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Bizantin habis terbakar dek bedilan meriam Uthmaniyyah. Pertahanan Bizantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah SAW dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT.


Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Bizantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengah hari.


Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Bizantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.


Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebaskan Konstantinopel.


Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.

Dinihari kita cukup ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan ketamadunan dan kegemilanagan ISLAM ini kembali. Ayuh, kita mulakan langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berusaha menakluk kota hebat Konstantinopel.

Di edit dari : iluvislam.com

Wednesday, March 2, 2011

.Membaca Surah An Nas Sebelum Solat.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Surah an Nas ialah surah yang ke-114 didalam al-Quran. Ia disusun sebagai surah terakhir; mengandungi enam ayat, 20 patah perkataan dan 79 huruf. Ada tiga Asmaul Husna (nama-nama Allah yang baik) disebut didalam surah ini.

Asmaul Husna seperti ar-Rab, al-Malik dan al-Illah menggambarkan bahawa Allah Maha Pencipta, Maha Memelihara dan Maha Memberi Kesejahteraan serta Keselamatan kepada maklukh-Nya.




Maksud surah an-Nas :

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) pemelihara semua manusia.

2. Yang menguasai semua manusia.

3. Tuhan yang berhak disembah oleh semua manusia.

4. Daripada kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.

5. Yang melemparkan bisikan hasutan ke dalam hati manusia.

6. (Pembisik dan penghasut) daripada golongan jin dan manusia.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Anas bin Malik meriwayatkan, “Sesungguhnya syaitan meletakkan belalainya pada hati anak Adam (manusia), jika dia berzikir (ingat) kepada Allah, maka syaitan akan menjauhinya dan jika dia lalai, dimakan hati manusia yang disebut “was wasil khannas”.

Suruhan membaca surah an-Nas amat tepat untuk diamalkan sebelum solat. Cara tersebut dapat menghindari rasa ragu, khayal dan tidak khusyuk semasa solat. Rasa khusyuk dapat dicapai dengan menghayati setiap erti bacaan solat dan berasa seolah-olah sedang berbicara dengan Allah.

Pada suatu hari Abu Dzar menemui Nabi Muhammad SAW di dalam masjid. Nabi Muhammad SAW menyuruh Abu Dzar menunaikan solat. Nabi Muhammad SAW berpesan, “Wahai Abu Dzar, berlindunglah kamu kepada Allah daripada kejahatan syaitan dan jin”.

Abu Dzar bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, “Adakah manusia ada juga seperti syaitan?” Nabi Muhammad SAW menjawab, “Ya”

Saranan Rasulullah SAW supaya memohon perlindungan daripada Allah ini juga amat sesuai untuk diamalkan dalam setiap aktiviti kehidupan. Manusia ialah makhluk yang lemah. Kita sentiasa terdedah kepada ancaman bahaya penipu, perompak, peragut dan pencuri. Syaitan pula berazam menyesatkan keturunan Adam a.s selagi dunia belum kiamat.

Mudah-mudahan kita dilindungi Allah berkat mengamalkan bacaan dan zikir surah an-Nas ini. Insya’allah.