.Hari Ini.


Thursday, November 17, 2011

.Adakah cerita kita tetap sama?.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Satu ketika dahulu, adikku pernah bertanya kami sewaktu kepulangan kami ke kota scotland sepulang dari program di Birmingham.

‘Kak, bila lagi kita nak jalan sama-sama lagi?’

Hatinya mungkin sayu.

Dan aku menatapnya pilu.

Mungkin itulah detik terakhir aku melihatnya sebagai seorang gadis.

Dia pulang ke tanah air setelah itu, dan malam ni alhamdulillah selamat diijabkabulkan dengan lelaki terbaik, pilihan Allah buatnya.

‘Apa perasaan aisyah, akak nak kahwin ini?’

Dahulu pernah aku ditanya begitu di saaat kakak yang rapat denganku akan berumah tangga.

Memang bila kita masih single, kita suka kawan-kawan/akhawat sentiasa bersama kita.

Namun bile mereka diambil oleh lelaki asing, tentulah keadaanya tidakkan sama lagi.
Manusia perlu berkahwin. Itulah sunnatullah. Itulah fasa yang perlu dihadapi. Dunia akan terus berjalan, dan manusia akan hidup dengan pasangannya, mencipta mimpi dan cita-cita.

‘Dulu time tak kahwin, ada je masa dengan kita. Sekarang dah kahwin, tak pernah duduk lama2 dengan kita dan borak lama2. nak pergi mana-mana mesti pergi dengan hubby.’

Memang itu norma. Tak dapat dielakkan. Jika kita berada ditempatnya, kita pasti melakukan perkara yang sama.

(sebab itu setiap akhawat yang dah kahwin akan bermatian mencari pasangan untuk mutarabbinya kerana memahami kesedihan itu)

Perkara ini bukan dirasai oleh akhawat sahaja. orang biasa pun sama.

Itulah sunnatullah.

Sebab itulah, sebagai murabbi, perasaan kita pasti bercampur baur ketika menyaksikan pernikahan mutarabbi/akhawat/sahabat baik kita.

Kita teramat gembira untuk dia. Dan kita akan bantunya sedaya mungkin melalui proses pernikahan itu.

Namun ada satu posisi yang tak dapat kita lari darinya.

Kita akan ‘terasa’ kehilangannya.

Keadaan pasti tak sama seperti dahulu.

Dia berlainan apabila pada awal pengenalan kita dah kenal orang itu sudah berkahwin, sebab kita boleh adapt.

Seperti saya, meladeni zarith dari usia mudanya bertatih di bumi dakwah ini. Melihatnya tumbuh dan subur menjadi seorang mujahidah yang akhirnya acapkali menjadi pembantu saya dalam pelbagai perkara. Hinggalah di tahap ini kami semarhalah dalam tarbiyah. Pelbagai peristiwa dan cerita dilalui. Semua perkara diqadhayakan bersama. Suka dan duka, tangis dan tawa. Malah kereta dakwah kami banyak menyaksikan pergaduhan kami, dan air mata yang berguguran kerananya.

Bagaimana tidak aku anggapnya istimewa, kerana pada dirinya aku temui kekuatan dan teguran pedas sehinggakan aku merasai pada setiap tegurannya…

‘Dia ini tak faham ke perasaan orang. asyik fire je..’

Namun itulah dia sahabatku, dan mungkin tak ramai memahamiku seperti dia.

‘Adakah sister kita akan sama seperti mana dia dah kahwin dan sebelum kahwin?’

Logiknya memanglah kene berbeza. sebab itulah fasanya akan jadi berbeza.

Namun mindset/matlamat kepada baitul dakwah itu teramat penting.

Aku ceritakan pada kamu sebuah cerita.

Tentu kamu amat mengkaguminya.Orang sebegini tidak mampu menukilkan tinta emas mereka kerana kesibukan mereka yang melampau untuk agama Allah dan RasulNya, serta menunaikan hak peribadi mereka yang lain.

Ukhti ini seorang doktor pakar perubatan (Jawatan registrar/associate specialist) di sebuah hospital di Malaysia. Dai ada 4 orang anak yang semuanya agak kecil.

Dahulu pernah dia memegang usrah seramai 20 orang. Maknanya setiap 20 orang itu pasti memiliki sekurang-kurangnya 10 anak binaan.

Dan anak-anak binaan di bawahnya itu memiliki lagi binaan yang lain.

Pernah apabila dibuat statistik, usrah tree mereka memiliki 800 orang ahli.. semuanya bernukleuskan usrah ukhti itu tadi.

Kalau antum bekerja sebagai doktor, antum tahu betapa perit dan letihnya waktu oncall.

Orang biasa akan balik rumah, makan, dan tidur.

Bagi daie seperti dia, habis kerja, pergi usrah, makan di tempat usrah, qadhaya, dan tidur 3-4 am, kemudian bekerja semula pada 7 amnya semula.

Orang biasa akan gunakan hujung minggu untuk mengemas rumah atau pergi bercuti. Bagi daie, seminggu dalam sebulan untuk keluarga, seminggu dalam sebulan untuk kenduri, seminggu sebulan untuk daurah diri sendiri, seminggu sebulan untuk daurah mutarabbinya.

Namun orang sesibuk itu bagaimana pula? Masih lagi ada mesyuarat dan program-program kemasyarakatan yang lainnya.

Dalam arus kebangkitan dakwah dan tarbiyah ini, ramai orang mendambakan kesinambungan dakwah dan tarbiyah di Malaysia. Terutamanya bagi pelajar di luar negara.

Pernah nama-nama pelajar ini diserahkan padanya untuk disambungkan tarbiyah di Malaysia. Ketika itu dia baru pulang dari bekerja. Kemudian ada usrahnya sendiri yang habis pukul 1-2 am. Lepas menyusukan anaknya dia mahu sahaja tidur kepenatan, namun melihat borang-borang pindah ahli yang tak disentuh lagi dia berkata:

‘Kalau aku tak buat amanah ni, Allah pasti akan cari orang lain untuk buat.’

Dia melawan kepenatan dan keletihan badannya untuk membalas emel dan menguruskan perpindahan itu malam itu.

Dan dia cuma tidur sejam sahaja malam itu sebelum kembali bekerja di hospital.

Saya amat kagumi ukhti itu. Dan saya rasa amat dekat dengannya. Walaupun dia sudah berkahwin dan ada 4 orang anak. Dirinya tak pernah rengang dan jauh dari kami. Sentiasa dekat. Sentiasa ada ruang-ruang berkongsi masalah dan bertanya khabar.

Adakah cerita kita tetap sama? Walaupun status kita akan bertukar nanti?

Pasti ya,

Bila dakwah dan tarbiyah, tetap menjadi paksi hidup kita.

Insyaallah.



~Istimewa buat Hamraa~
Cerita ini cerita kita
Jika suatu masa dahulu diberi maka tiba masa untuk dipulangkan..

爱月亮

Monday, November 14, 2011

.Sahabat.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Daripada Abdullah bin Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sahabat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya.” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)
 
Dia adalah yang Allah beri kepadaku,
Walau yang mencarinya adalah aku,
Maka dia adalah hadiah,
Mustahil sekadar dilempar begitu.

Biarlah dia berbicara hanya sedikit,
Biarlah dia berjauhan,
Biarlah kadangkala ada salah sangkaan,
Biarlah ada waktu dia melukakan.

Kerana dia adalah sahabat,
Maka aku tidak pernah menghiraukan.

Mengira bahagia-bahagia yang wujud bila dia ada di sisi,
Itu sahaja sudah melebihi dunia dan segala isi.

Kalau dia tiba-tiba menyimpang,
Aku adalah yang akan menghulurkan tangan dan tidak berjauhan,
Kalau aku adalah yang tersungkur,
Aku akan segera bangkit agar dia tidak ku susahkan.

Sebab dia adalah sahabat,
Dan aku tahu sahabatku adalah manusia,
Maka aku hormati kekurangan yang ada,
Dan aku besar-besarkan kelebihannya.

Hanya iman yang mampu melestari hubungan ini,
Mengekstensi hingga ke syurga nanti.

Kerana dia adalah sahabat,
Mustahil aku mahu berada di syurga tanpa dia di sisi.

~ Hilal Asyraf ~




在蜿蜒曲折的道路,真主希望伸直步骤。

蒂卡降低天倒下!愿上帝加强你的信心。

蒂卡麻烦前进!愿上帝坚固你。

蒂卡打,希望上帝倒你出焦躁不安的心,和平。 

.神啊, 坚持的人谁爱你,爱我.

.Jgn dtgi anaknya, dtgi ayahnya!.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang. Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran.

Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu.

“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH.

“Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,”

“Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ker?” eh, tetiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar.

“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh.

“Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..”

“Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada la jugak jumpa…”Sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng.

Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah.

Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat!

Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini.

“Calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.

“Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu.

“Sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika.

“Sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu. Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah.

“Nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh.

Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.

“Tapi, ada jaminan ker kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda berani untuk mengutarakan soalan.

“Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.” Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum.

“Teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi.”

“Kenapa pulak?” tanya Tok Ayah. Eh, tok ayah pun mengambil bahagian juga?

“Bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.”

Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini.

Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang Syariah di Universiti Al-Azhar, Mansoura, Egypt.

Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah. Syukur Ya Allah, moga jodoh ini kekal hingga ke syurga Rabbul Izzati.

 

.神啊, 坚持的人谁爱你,爱我.