.Hari Ini.


Saturday, September 27, 2014

.Kapankan Kembali.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 
Masih diberi nafas untuk meneruskan kehidupan ini.
Diberi ruang dan peluang untuk memburu keampunanNYA. 
Diri ini hanya mendambakanMU, Ya ALLAH.

___________________________________________

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqa

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Friday, May 18, 2012

.Akan Kembali.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah, tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya. Ameen Allahumma ameen..♥~ 


Alhamdulillah.. 
Alhamdulillah.. 
Alhamdulillah..
Syukur Ya Allah..

Keterbatasan waktu untuk menulis di ruang ini. 
Namun cuba beri sesuatu untuk diri sendiri dan yang membacanya. 
Moga Allah redha. 

Sepanjang tahun ini berlangsung hingga semalam, banyak kematian yang diterima.
Bermula dari arwah datuk saudara, ibu kepada jiran hinggalah beberapa jiran di kawasan perumahan.

Kematian itu semakin mendekati.
Perlahan-lahan.
Mengelilingi.
Menghampiri.

Masihkah tidak terbuka hatimu wahai abdi Ilahi?
Masihkah tidak engkau sedar diri?

"Tunang sejak lahir sudah lama menunggu"
"Menunggu saat untuk diijab kabulkan"

Terkesan dengan ayat bonda.
"Bila mak pergi nanti, tutuplah aurat mak dengan sempurna"
Kemudian bonda mula mencari kain putih yang sudah disediakan.

Saat pemergian yang abadi di tuturkan,
Saat pemergian selamanya diperkatakan,
Saat pemergian tanpa kembali lagi di bincangkan,
Dalam jiwa yang bergetar merasai rindunya akan FITRAH
Dalam sudut hati yang paling dalam merasai sesuatu yag mendekatkan lagi denganNYA.

Merenung kembali dalam diri..
Merenung berkali-kali..
Mencari sesuatu..
Mencari yang sudah hilang..

Hakikatnya diri ini kosong..
Tidak punya apa persediaan..
Untuk kembali pada PENCIPTA..

Beginikah diri akan kembali..
Beginikah diri akan dipulangkan..
Beginikah akan mengadap ILAHI..

Hinanya diri ini..
Kotornya diri ini..
Terlalu dan amat sangat..

Malu Ya Rabb
Betapa selama ini diri semakin menjauh..
Menangguh-nangguh untuk kembali jernih..
Walau sukar, walau pedih, walau penat..
Akan dipastikan jiwa ini milikMU sepenuhnya..

Ditarbiyyah diri ini 
Dengan cara yang tidak nampak..
Dengan cara yang begitu mendalam..
Dengan penuh kasih, penuh sayang..

Mahu pulang..
Mahu segera pulang..

Mahu ingin tenang..
Mahu selalu tenang..

Mahu berasa cukup..
Cukup hanya dengan MU..  

Mahu segera betulkan niat..
Lillahi Ta'ala..

Mahu jadi hamba yang mengerti erti sabar..
Mahu jadi hamba yang menghayati erti syukur..
Mahu jadi hamba yang menerima segalanya dengan redha..

Lailahaillallah..
Allahu Rabbi..

Lailahaillallah..
Allahu Akhbar..


~Buat adik Iman Han, untuk dapat Abdullah Khaerul Azzam, kita perlu jadi Ana Althafunnisa..(^_^)~
~Buat adik Nisa, akak rayu ni, tolong contact akak, ada mesej penting untuk adik..(=_=")~
~Buat Ummie nun di Sabah, asif jiddan ya Ummie..(T_T)~
~Buat anak Umi yang patah tangan tu, jangan nakal2 lagi..(=_=)~

~JUMA'AH MUBARAK~

Monday, April 30, 2012

.Qalby.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tidak diperlukan iman yang kuat, untuk berharap dalam kesejahteraan.
Tapi bukan sebarangan iman, yang mampu tetap berharap dalam kekurangan dan kelemahan.
Tidak diperlukan hati yang indah, untuk memaafkan kesalahan orang yang memperkayanya.
Tapi bukan sebarangan hati, yang mampu memaafkan orang yang dikasihi dan dibantunya, tapi yang berkhianat dan melukainya.
Tidak diperlukan jiwa yang besar, untuk menghormati seorang raja.
Tapi bukan sebarangan jiwa, yang menemukan kebahagiaan dalam berlaku penuh kasih dan hormat kepada saudaranya yang miskin dan tidak berdaya.
|Saat mata memandang, minda terakam, akal terbayang dan hati mengungkap. Iman jadi sandaran hati agar tidak tersesat pengamatan, terpesong penglihatan akibat mainan dan muslihat dunia penuh tipu daya.|
~..SEMUA PASTI INDAH PADA WAKTUNYA..~

.Ameen Ya Rabb.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ya Allah, makin hari makin banyak kekeliruan yang ditimbulkan dalam agamaMu. Peganglah hati-hati kami, tetapkanlah aqidah kami, lapangkanlah dada kami, satukanlah kami ke jalanMu.
Kami tidak mahu Islam hanya pada nama, perpecahan kerana pegangan membuta tuli, kurang ilmu berbicara bagai alim, yang alim bersembunyi kerana kepentingan diri.

Tunjukkan kami kebenaran, tunjukkan kami jalan yang lurus, tunjukkan kami arah ke syurga supaya kelak kami tidak lagi meminta kembali ke dunia.


انما المؤمنون الذين اذا ذكر الله وجلت قلوبهم واذا تليت عليهم آياته زادتهم ايمانا وعلي ربهم يتوكلون
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang benar-benar beriman ialah mereka yang apabila disebut “Allah”, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibaca ayat-ayat Allah kepada mereka, iman mereka bertambah dan mereka bertawakkal seratus peratus kepada Allah. (
al-Anfal : 2)

Tuesday, April 24, 2012

.Ukiran Kata Di Bibir Yang Indah.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
"Ucapkanlah kata-kata yang baik terhadap manusia." (Al-Baqarah: 83)
"Diam adalah emas, berbicara adalah perak."
"Berbicaralah terhadap mereka dengan perkataan yang baik." (An-Nisa': 5)

"Hai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar." (Al-Ahzab: 70)
Perkataan yang baik itu tidak terbatas terhadap teman dan sahabat sahaja, tetapi juga terhadap lawan dan orang-orang yang membangkang sekalipun. 
"Berbicaralah kamu berdua (Musa dan Harun) kepadanya (Fir'aun) dengan kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat (sedar) dan takut." (Toha: 44)
Fungsi lidah dengan kemurnian iman.
"Tidak akan tegak lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya dan hati itu tidak akan dapat lurus, sebelum lidahnya jujur (terpelihara)." (HR. Ahmad)
"Berbahagialah orang yang mengamalkan ilmunya, yang menafkahkan sebahagian harta bendanya dan yang dapat mengendalikan perkataan yang berlebihan." (HR. Thabrani)
"Lidah orang yang berakal terletak di belakang hatinya, hati orang yang bodoh terletak di belakang lidahnya."
Saidina Ali Bin Abi Talib
..asif jiddan atas segala yang telah dibicara, moga Allah redha..

Friday, April 6, 2012

.Sahabat.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir sekalian alam. Dalam menuturkan indahnya nama Allah yang Maha Mulia, semoga kita tenggelam dalam rasa syukur pada rahmatNya. Alhamdulillah masih bernafas hingga saat ini. Diberi kesempatan lagi dalam menilai kembali diri, masih dilandasan yang lurus atau bengkang bengkok sudah. Perlu u-turn atau bagaimana. Ironinya Abdi Ilahi ini yang seringkali tergelincir.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w dan kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi’n, para alim ulama. Salam jumaat penuh barakah. Buat yang membaca entry ini, segala yang bakal Abdi Ilahi nukilkan mohon akan husnudzon. 
“Sesungguh Allah dan para malaikatNya berselawat (menyampaikan rahmat serta memuji) untuk Nabi (Muhammad). Wahai orang-orang yang beriman berselawat serta ucapkanlah salam ke atas Nabi dengan sebenar-benarnya” .(Surah al-Ahzab, ayat 52)
"Beep.." bunyi mesej masuk.
"Akak, tamat sudah episod kecindan disini, mulanya dengan akak, akhirnya dengan Aishah, seperti selalunya, yang terbaik akan tinggalkan saya, sedih kak.." - ayat seorang adik.
Awal tahun 2012 Abdi Ilahi mengenalinya, hari ini genap 4 bulan, namun ikatan yang terbina bagaikan sudah 40 tahun. Benar, sahabat itu datang dan pergi, samada datangnya disisi kita lama atau sebentar cuma, hakikatnya terukir di hati selamanya. Terpulang bagaimana kita menyimpan dan menautkan ukhwah itu, mungkin ada yang selesa dengan berhubung saban hari. Namun bagi Abdi Ilahi, sekali dilafazkan ukhwah itu kerana Allah, selamanya di hati, hubungan terus itu jarang namun untaian doa itu tidak putus. Masing-masing punya tempat sendiri dihati ini. Tidak mampu diubah oleh sesiapa kecuali DIA. Sesekali terpanggil untuk berhubung namun selebihnya bergantung sepenuhnya pada DIA. 
Kadang-kadang bila kita tahu orang yang kita sayang dalam kesusahan dan kesedihan, kita mahu disampingnya, duduk disebelahnya, bahu bertemu bahu, menenangkan dirinya tetapi kadang-kadang perkara itu mustahil apabila melihat jarak dan masa, tika itu kita hanya mampu berdoa pada Allah kerana orang yang kita sayang itu milik Allah, meyakini Allah akan menjaganya dengan penjagaan yang terbaik.
Sahabat, awalnya kita dengan lafaz bismillah. Gundahnya kita baca dengan husnudzon. Sentiasanya kita dengan alhamdulillah. Walaupun kita bukan dari 'rahim' yang sama namun kita di bawah ar-Rahim yang sama.

Mohon ampun dan maaf (dunia akhirat) andainya Abdi Ilahi ini pernah mengguris secara sengaja atau tidak sengaja.

"Sekali kita bersahabat, selamanya sahabat itu tetap terpahat"

Sunday, February 19, 2012

.Sunyi.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kesunyian itu I N D A H
Bagi yang mencari A L L A H  T A ' A L A
Namun ianya pastinya S E N G S A R A
Bila cuba disi dengan D u n i a

*sekadar gambar hiasan

Thursday, February 16, 2012

.Kembali Kepada Fitrah.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ
“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki..”
(Ar-Ra’d: 39)
"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
 

“Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku yang mana ia merupakan penjaga perkaraku. Perbaikilah duniaku yang di dalamnya terdapat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku untukku yang di dalamnya terdapat tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah matiku sebagai istirehat untukku dari segala keburukan.” (HR Muslim 4897) 
Mendiamkan diri dalam sesi membina diri yang baru, saat ini perlu beruzlah untuk cas iman yang semakin low. Bukan tidak ingin diri yang lama namun diri yang lama tidak cukup kuat maka pembinaan yang baru perlu. Mahu bina yang lebih dekat kepadaNya. Mahu melaksana apa yang sering bermain di bibir => cukup hanya dengan DIA. Memaknakan musim hujan tika ribut matahari ini. Moga pencarian ini dalam redhaNya.  
Tidak pernah diperolehi suatu perbuatan yg lebih melapangkan dada lebih besar pahalanya dari berzikir. Firman Allah S.W.T.: " kerana itu ingatlah kamu kepada-KU , nescaya aku ingat pula kepadamu " (Al-Baqarah : 152)

Friday, January 27, 2012

Awak menangis kerana dia lagi?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Buat hati yang mudah lupa~

Arrghhh!! Jiwa Khairunnisa’ menjerit. Sedih. Sakit.Kecewa. Dia hanya memandang kitab Al-Balaghah Al-Arabiyyah di hadapannya dengan pandangan kosong. Fikirannya melayang jauh. Jauh daripada apa yang ditatap matanya. Hatinya merana. Lagi perit apabila hafalannya sudah setengah jam berlalu namun tiada satu pun yang masuk ke dalam fikiran. Untuk tembus ke dalam hati apatah lagi. Dia hilang fokus. Matanya sudah puas mengalirkan air mata. Terkadang air mata benci. Terkadang air mata kekecewaan yang amat . Terkadang air mata rindu. Terkadang air mata putus harapan. Terkadang air mata kehilangan.

Syifa’ Awatif memerhati kelakuan Khairunnisa’ yang tidak senang duduk di atas kerusi belajarnya dari atas katil. Dia sedang melipat pakaian yang baru diangkat dari ampaian di dryroom. Sesekali dia menalakan pandangan ke arah Khairunnisa’ yang tidak keruan. Sekejap mengetuk pen pada dada buku sambil menongkat dagu. Sekejap memegang kepalanya dengan kedua-dua belah tangan. Sekejap bersandar pada kerusi dengan mata terpejam. Dia sudah sedia maklum apa yang melanda Khairunnisa’. Sudah hampir 3 semester mereka bersama. Sebilik malah sekelas. Memang sudah jodoh mereka bertemu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai pelajar jurusan Bahasa Arab. Syifa’ Awatif sudah menganggap Khairunnisa’ seperti adiknya sendiri memandangkan dia lebih tua 6 bulan. Seusai sahaja selesai melipat dan menyusun pakaian-pakaian di dalam locker bersebelahan katil, dia menapak tenang ke arah di mana Khairunnisa’ berada. Perlahan-lahan…

“ Nisa…......kenapa ni……Nisa menangis lagi?”

Nisa merasa bahunya disentuh. Nisa sedikit terkejut dengan sapaan lembut Syifa’. Dia memandang Syifa’ dengan pandangan yang sayu. Kelihatan matanya yang bengkak akibat terlalu banyak mengalirkan air mata. Nisa membisu.

“ Ikmal Asyraf?”. Syifa’ menduga. Pasti kerana budak tahfiz itu. Dia duduk di atas kerusi. Bersebelahan Nisa.

Air mata Nisa bergenang lagi. Dahinya berkerut tanda menahan rasa sakit dan pedih dalam hati. Dia memandang Syifa’ sambil mengangguk perit.

“ Kali ni kenapa?” Syifa’ seorang sahabat yang sangat mengambil berat. Dia tidak akan tenang apabila melihat sahabat-sahabatnya berada dalam kesusahan. 

“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Riwayat Bukhari

Syifa’ beramal dengan ilmunya. Itsar, melebihkan sahabat daripada diri sendiri. Itulah puncak ukhuwah.Tingkat tertinggi.

“Syifa’ tahu kan, Nisa nak berubah. Nisa dah tak nak couple. Nisa tahu, apa yang Nisa buat ni salah tapi Nisa tak kuat. Nisa tak kuat, Syifa’. Kadang-kadang Nisa rasa bersalah sangat. Ikmal ada cakap, dia semakin lupa hafazan dia. Nisa rasa sebab Nisa, dia semakin jauh daripada Allah. Nisa takut sebab Nisa, dia jadi macam tu. Nisa tak nak. Petang tadi Nisa dah betul-betul nekad. Nisa betul-betul nak berubah. Nisa minta putus.

“ Nisa dah putus dengan Ikmal?”. Syifa’ kemudiannya diam. Nisa akhirnya mengambil keputusan yang betul. Ini bukan kali pertama dia melihat Nisa menangis kerana lelaki ini. Sudah banyak kali air mata Nisa tumpah kerana Ikmal Asyraf.

“ Nisa minta putus tapi dia tak nak. Nisa tetap berkeras. Ikmal marah. Dia cakap yang bukan-bukan pada Nisa. Nisa ada lelaki lain. Nisa nak mempermainkan dia. Nisa perempuan jahat. Luar je nampak baik, tudung labuh, berjubah tapi perangai macam syaitan. Dia cakap Nisa perempuan bodoh. Hati Nisa sakit. Sakit sangat, Syifa’. Nisa tak sepatutnya jatuh cinta……Nisa menyesal sangat. Nisa pun tak tahu kenapa Nisa jadi macam ni. Dekat sekolah dulu, Nisa orang yang paling benci perbuatan couple ni. Tapi, tengoklah, akhirnya Nisa sendiri buat perkara yang Nisa benci. Nisa tak tahu kenapa hati Nisa sekarang makin rapuh. Nisa tak tahu mana perginya prinsip dan pendirian yang Nisa pegang selama ni. Kenapa…kenapa Nisa jadi macam ni.....ni semua kerana cinta, kalau tak Nisa tak jadi macam ni ”

Nisa meluah segalanya pada Syifa’. Meludah segala yang pahit. Di sini dia tiada sesiapa melainkan sahabat-sahabat seperjuangan menuntut ilmu. Dia sangat menghargai Syifa’ yang setia di sisi saat dia mula merasai hatinya mati.

“Nisa…cinta itu tak salah, sayang... Seorang perempuan jatuh cinta kepada seorang lelaki, itu fitrah manusia. Yang salah adalah apabila cinta itu tidak dikawal sehingga melampaui batas-batas pergaulan lelaki dan wanita. Cinta terkawal dengan adanya iman. Cuba kita renung, apakah Allah menciptakan perasaan cinta itu untuk sia-sia? Tentu tidak, bukan? Kalau kita lihat sekarang, masalah remaja yang paling biasa melanda diri adalah masalah cinta. Masalah cinta yang tiada berkesudahan. Kerana cinta palsu, sanggup membunuh diri. Kerana cinta palsu, sanggup menggadai maruah. Kerana cinta palsu, mata hati menjadi buta, syariat dilanggar.”

Syifa’ menyambung bicara.

“Pernah tak kita fikir, apa hikmahnya Allah menghadirkan hati kita dengan perasaan cinta, suka kepada seseorang? Adakah cinta itu sekadar suka-suka? Atau sekadar mainan semata? Nisa sayang….mereka yang benar-benar faham anugerah daripada Allah ini tidak akan sekali-kali mensia-siakan perasaan cinta yang hadir dalam hati. Cinta dapat membantu kita mencapai reda Allah. Kita hidup untuk mencari keredaan Allah. Lalu bagaimana dengan cinta, kita dapat meraih reda Allah? Jawapannya dengan membina Baitul Muslim. Kita, dengan menjadi seorang isteri yang solehah buat suami. Berbakti kepada suami dengan penuh rasa cinta. Itulah cinta yang benar, cinta yang diredai Allah, cinta selepas kahwin. “

Nisa khusyuk mendengar. Butiran-butiran hikmah daripada Syifa’ sedikit demi sedikit membuka 
mata hatinya yang tadi dirasakan kabur, gelap. Yang tadi dirasakan mati bagai hidup kembali. Bagai disiram dengan cahaya. Mulai terang. Syifa’ kembali menyambung dengan mengutarakan soalan kepada Nisa.

“Kalau Nisa kahwin nanti, Nisa nak anak tak? Hehe..”

Nisa tergelak kecil. Kadang-kadang apabila berbicara dengan sahabatnya yang seorang ini, walaupun dalam keseriusan perbincangan dan kematangan bicara, pasti ada sahaja kata-katanya yang bisa mencuit hati. Syifa’.Penawar lara di hati. Sahabat yang paling disenangi Nisa. Syifa’ jika dilihat secara luaran merupakan seorang gadis manis tinggi lampai yang ceria dan suka bergurau. Namun, apabila didekati, diajak bicara dari hati ke hati, nyata Syifa’ merupakan seorang sahabat yang sangat matang dalam pemikiran. Kerana itu dia senang berkongsi masalah dengan Syifa’. Sememangnya gadis tinggi lampai itu seorang pendengar yang baik. Memang benar juga, gadis manis itulah juga peneman setianya di kala senang dan susah walaupun baru setahun lebih berkenalan. Syifa’ jugalah yang sudi berkongsi, mencurahkan ilmu penyuluh hatinya yang kian malap. 

“Kalau kahwin, mestilah nak anak. Kalau ada anak, baru meriah rumah. Syifa’ pun macam tu juga, kan? Hehe…”. Nisa seakan lupa kesedihan yang menggigit jiwanya tadi. Air matanya dari tadi telah berhenti daripada terus mengalir.

“Hehe…Ha, nak anak. Takkan sekadar ‘nak anak’ saje. Mesti kita nak anak-anak tu jadi anak yang soleh dan solehah kan? Bila macam tu, masa dalam usia sekarang la kita kena baiki diri. Baiki diri untuk? Untuk jadi ibu yang baik dan solehah juga. Dengan ini barulah dapat melahirkan anak-anak penyejuk mata. Masa muda remaja sekarang la kita kena belajar banyak ilmu. Dalami ilmu dan amal. Ilmu memasak semestinya yang lazim dengan kita sebagai seorang perempuan. Ilmu keibubapaan pun penting untuk mengetahui cara yang betul membesarkan anak. Jangan malu untuk membaca buku tentang anak. Ramai yang beranggapan bahawa usia semuda kita ini masih terlalu awal untuk itu tetapi kalau betul kita nak melahirkan Baitul Muslim, ini yang perlu kita lakukan. Seharusnya, sekarang bukan masanya untuk melayan perasaan cinta tetapi… bersedia untuk cinta. Banyak remaja yang tersungkur disebabkan cinta kerana mereka telah dikawal rasa cinta yang berlandaskan nafsu.

Syifa’ senyum. Dia menggenggam tangan Nisa.

“Tapi…walau macam mana pun, kita tak boleh mencela mereka. Kita seharusnya bersyukur dibesarkan dalam keluarga yang mengamalkan ajaran Islam. Ada remaja yang kurang bernasib baik, dibesarkan dalam keadaan ibu bapa yang tak solat, minum arak. Ada yang dibesarkan dalam keluarga yang ibu bapanya sibuk sehinggakan tiada masa untuk anak-anak menyebabkan mereka mencari perhatian lain. Ada juga yang dibesarkan dalam keadaan keluarga yang berpecah-belah, ibu dan bapa bercerai sehingga menyebabkan tekanan kepada anak-anak. Ini semua kita kena fikir. Mereka yang macam ni kurang kefahaman. Kita yang ada ilmu dan faham ini la yang kena menyeru. Bukan menghukum. Siapa kita untuk menghukum? Kita hanya mampu berusaha untuk mengajak, selebihnya mereka nak ikut atau tidak, itu adalah atas mereka sendiri. Hidayah itu milik Allah. Bukan milik kita.”

Syifa’ terus melontarkan kata-kata dengan lembut.

“Kita pun tak boleh nak memandang serong terhadap mereka yang tersalah memilih jalan. Mungkin mereka lebih baik pada pandangan Allah. Kita tak tahu masa hadapan macam mana. Mungkin sahaja nanti kita pula yang berubah malah lebih teruk daripada mereka. Kerana hati kita milik Allah. Dan Allah sahaja yang berkuasa membolak-balikkan hati kita. Sebab tu Ustazah dekat sekolah Syifa’ dulu selalu pesan baca doa ni.”

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. ( A-li'Imraan 3:8 ) 

Nisa terasa. Di sebalik kata-kata Syifa’ yang mengundang tawa, dalam pada masa yang lain, bisa mengunci bibir daripada mengoyak senyuman. Terasa hati dicucuk. Namun, dia tidak menyalahkan Syifa’. Kata-kata Syifa’ sememangnya betul. Malah, Syifa’ berhikmah dalam kata-kata, cuba menyentuh hatinya dengan merujuk kepada remaja-remaja lain, sedikit pun tidak menyentuh mengenai masalahnya. Demi menjaga hatinya. Dengan itu, dia sendirinya akan berfikir tentang diri sendiri. Syifa’ bijak.

“Syifa’ mesti pandang teruk Nisa kan…Nisa ni dah lah ambil jurusan agama. Banyak pegang jawatan dalam persatuan untuk buat dakwah pula tu….tak layak langsung…kadang-kadang Nisa rasa bersalah…ajak orang lain buat perkara betul tapi Nisa sendiri yang terpesong…”

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! ( As-Saff 61:2 ) 

Nisa teringat ayat Allah. Hatinya bergetar. Takut. Air mata yang sedari tadi cuba ditahan akhirnya laju mengalir membasahi pipi mulusnya. 

Allahuakbar! Dahi Syifa’ berkerut, matanya berkaca. Terus sahaja dia memeluk Nisa. Dalam dakapan penuh kasih sayang…dia melontarkan kata seiring dengan air mata yang deras mengalir… …

“Nisa…Syifa’ tak pernah pun fikir macam tu….tak pernah, Ya Allah, tak pernah. Malah Syifa’ kagum dengan Nisa, sentiasa buat kerja dakwah, untuk Islam. Bukannya senang, nak bahagi masa antara belajar lagi, nak buat kerja atau program bawah persatuan lagi. Syifa’ tak mampu nak buat seperti Nisa. Syifa’ sekadar menghadiri usrah dan majlis ilmu yang ada untuk mengisi hati. Agar hati tidak mati. Untuk terus menyubur iman. Nisa…al-imanu yazid wa yankus. Iman itu naik dan turun. 

Nisa terharu. Kesal. Sanggup dia bersangka buruk terhadap sahabat sebaik Syifa’. Padahal dia juga yang selalu menguar-uarkan bahawa tingkat ukhuwah yang paling rendah adalah bersangka baik. Husnudzhon. Mungkin hatinya yang tidak tenang membuatkan dia berfikiran negatif begitu. Jiwanya berkecamuk.

“Syifa’…..Nisa minta maaf….tak sepatutnya Nisa cakap macam tu. Entahlah, kadang-kadang Nisa ni hanya pandai bercakap, buatnya tak. Syifa’, terima kasih kerana menyedarkan Nisa. Tak putus asa, sentiasa beri nasihat buat Nisa. Syifa’ memang sahabat yang solehah. Nisa bersyukur kenal Syifa’.”

“Nisa pun sahabat yang solehah. Syifa’ pun nak ucap terima kasih. Terima kasih kerana Nisa sudi berkongsi cerita dengan Syifa'. Sebenarnya cerita Nisa itu secara tak langsung juga adalah nasihat juga peringatan buat Syifa’. Berhati-hati dengan cinta . Dengan cinta yang menarik diri ke lembah dosa. Cerita Nisa juga sering mengingatkan Syifa’ untuk sentiasa mempertingkatkan iman. Kerana iman yang dapat menjadi penyelamat kita daripada melakukan kemungkaran. Ujian sering menghempap kita kerana inilah yang menjadi kayu pengukur keimanan kita terhadap Allah. Bismillahirrahmanirrahim….

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? ( Al-'Ankabuut 29:2 ) 

“Manusia ini terkadang alpa dan lalai. Sering sahaja lupa. Hati gersang apabila kurangnya pengisian. Kerana itu penting untuk kita saling menasihati ke arah kebenaran. Dengan tujuan yang satu. Mencapai reda Allah.”

Demi Masa! ( Al-'Asr 103:1 ) 
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - ( Al-'Asr 103:2 ) 
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. ( Al-'Asr 103:3 ) 

Al-'Asr. Surah ini sememangnya dekat terpahat dalam hati Syifa’. Surah inilah yang biasa dibaca bersama-sama tasbih kaffarah seusai usrah atau majlis ilmu yang sering dihadirinya . Dia benar-benar menghayati kalamullah yang berbicara tentang masa itu.

“Syifa’ nak Nisa tahu, Syifa’ bangga punya sahabat seperti Nisa. Bukan semua boleh buat macam apa yang Nisa buat. Allah dah sebut dalam surah Al-Baqarah, ayat 286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Kalau Syifa’ yang diuji dengan cinta lelaki macam Nisa, entah macam mana. Allah tahu Nisa boleh hadapi, sebab tu Allah uji Nisa dengan ujian seperti ini. Allah nak Nisa lebih dekat kepada-Nya, apabila jiwa Nisa akan terasa kehilangan sesuatu kerana cinta terarah ke jalan yang tidak betul. Allah menyayangi Nisa. Nisa dah berjaya melepaskan diri daripada jerat syaitan. 

Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu; maka dia lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. ( Al-Nahl 16:63 ) 

Syifa’ mengesat air matanya. Dia juga mengesat air mata Nisa. Dan tersenyum.

“Dah…dah…jangan nangis. Nanti buruk muka kita…hehe”

Hehe…..Tawa dalam esak tangis yang masih bersisa. Nisa juga turut mengesat air matanya. 

Masing-masing membisu. Sebentar. Tiba-tiba, Nisa bersuara.

“Syifa’..”

“Ye?”

Syifa senyum menanti kata-kata Nisa. Itulah penarik diri Syifa’. Sentiasa tersenyum. Baginya senyum itu senjata penguat ukhuwah.

“Boleh tak Nisa nak tanya sesuatu?”

“Ye..tanyala…bunyi macam saspen je Nisa ni..hehe. Tanyala…Nisa nak tanya apa?”

“Syifa’ tak pernah jatuh hati dekat lelaki ke? Maksud Nisa….ada suka seseorang ke…..”

Haha. Syifa’ ketawa sambil menekup mulut. Dirasakannya soalan Nisa itu cukup lucu.

“Kelakar la Nisa ni, Syifa’ ingatkan Nisa nak tanya apa tadi. Kenapa Nisa tanya macam tu?”

“Ha la…tak pernah pun Nisa dengar Syifa’ bercakap pasal lelaki. Kalau kawan-kawan yang lain tu adalah juga yang bercerita, minat yang ni, minat yang tu. Sebab tu Nisa tanya Syifa’…..manalah tahu…diam-diam, rupanya dah bertunang senyap-senyap, lepas tu buat orang lain sakit jantung tiba-tiba je kejutkan semua dengan kad undangan perkahwinan…hehe…”. Nisa tak kalah suka mengusik.”

“Betul ke Nisa nak tahu.Emm…dah. Ha’ah…hati Syifa’ dah dimiliki. Dah lama...”
Akhirnya Syifa’ berterus-terang….Syifa’ bijak menyimpan rahsia…

“Ha? Betul tak ni.Tipu la..nak kenakan orang la tu…siapa?”

“Dia.”

“Dia? Siapa?”

“Allah.”

Nisa diam dan senyum. Menanti kata-kata Syifa’ yang seterusnya.

“Soalan Nisa ni buat Syifa’ teringat seorang sahabat Syifa’. Dia pernah tanya, Syifa’ ni tak ada perasaan ke. Syifa’ ketawa je la. Hairan juga. Boleh pula keluar soalan tu daripada mulut dia. Tipulah kalau Syifa’ cakap tak pernah suka pada seseorang. Syifa’ pun perempuan..manusia. Tapi yang ada cuma suka sekadar kawan, tak lebih daripada tu. Entahlah…kadang-kadang Syifa’ pun tak faham, hati ni susah sangat nak tertarik dengan lelaki. Setakat ni, tiada yang benar-benar menarik perhatian. Kut Nisa nak rekemen sape-sape…boleh lah juga…hehe”


Nisa ketawa. Dia tahu Syifa’ hanya bergurau. Dia tahu Syifa’ sangat menjaga pergaulannya. Sangat menjaga. Ada sahaja sahabat lelaki sekelas mereka yang bertanya kepadanya mengenai Syifa'. Dia tahu ada yang meminati Syifa' dan ingin berkenalan namun hanya mampu memandang dari jauh. Kerana Syifa' tidak akan melayan. Bagi yang tidak mengenali, Syifa’ merupakan seorang yang pemalu dan pendiam. Apabila didekati, seorang yang ceria. Sentiasa mengukirkan senyuman. Apabila makin dirapati, Syifa’ sahabat yang sangat baik, bertanggungjawab, matang dalam tindakan dan percakapan. Sahabat solehah. Sempurna. Kamilah. Nisa kagum dalam diam. Dia tahu bukan calang-calang orang yang boleh memiliki Syifa’.

“Alhamdulillah, Syifa’ jagalah hati Syifa’ baik-baik ye. Nisa nak tanya boleh? Syifa’ nak yang macam mana? Hehe, jawablah…nak tahu juga..bolehlah Nisa tolong carikan ke..”

“ Ye la tu, sekeh budak ni kan. Syifa’ mestilah macam Nisa juga, nak lelaki yang beriman. Oleh sebab Syifa’ nak yang macam ni, Syifa’ kenalah berusaha nak jadi macam ni juga. Kalau Syifa’ nak lelaki yang jaga hubungan dia dengan Allah, Syifa’ pun kena buat macam tu juga. Kalau Syifa’ nak lelaki yang baik dengan sahabat, Syifa’ pun kena jadi macam tu juga. Kalau Syifa’ nak lelaki yang menghormati ibu bapa, Syifa’ pun kenalah buat baik kepada ibu bapa Syifa’. Bila ada iman, automatik semua yang dibuat Insya-Allah kerana Allah. Tak semestinya dia kena ada harta yang menimbun, berketurunan keluarga yang kaya raya, punya muka macam Ashraf Muslim tak pun macam Saif Ali Khan. Kalau macam tu syaratnya, silap hari bulan, tak kahwin la Syifa', haha.” 

Syifa’ ketawa dengan lawaknya sendiri. Nisa turut ketawa. Dia kemudian menyambung. Kembali serius.

“Syifa’ cuma nak agama yang ada pada dia. Syifa’ nak yang boleh membimbing Syifa’ meraih reda dan syurga Allah. Syifa’ nak yang tu je. Tapi Nisa, entahlah, kita pun tak tahu umur kita panjang atau pun tak. Hidup di dunia hanya sementara. Kita akan menempuh perjalanan yang lebih panjang dan abadi di akhirat nanti. Kalau ada jodoh, Alhamdulillah. Kalau tak bertemu jodoh di sini pun tak apa. Tangungjawab kita banyak lagi, tanggungjawab terhadap ilmu, ibu bapa, sahabat, guru. Tanggungjawab terhadap sunnah Rasululullah, dakwah. Tanggungjawab terhadap Allah. Oh ye, Syifa’ nak kongsi satu doa dengan Nisa. Sekejap ye."

Syifa' mengambil buku notanya yang bercorak bunga-bunga kecil hijau di atas meja. Buku nota tersebut yang sering dibawa bersamanya ketika menghadiri usrah atau majlis ilmu. Dia membelek helaian buku nota untuk mencari ilmu yang telah dicatat agar tidak lupa.

"Hari tu Syifa' ada pergi talk bertajuk 'Jaminan Cinta U'. Ustazah ada bagi doa. Doa agar dikurniakan suami yang soleh atau isteri yang solehah dan zuriat-zuriat penyejuk mata. Juga doa untuk kebahagiaan rumah tangga. Lebih afdal jika dibaca dalam solat ketika sujud yang terakhir. Ustazah ada cakap juga, lebih baik lagi, semasa sujud tu kita doa ciri-ciri suami atau isteri yang kita nak. Ha, dah jumpa pun. Mulakan doa dengan rabbana."

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. ( Al-Furqaan 25:74 ) 

“Nisa kagum dengan Syifa’. Syifa' bagus, selalu dahagakan ilmu. Apa saja ilmu yang Syifa' dapat, Syifa' terus amal. Nisa nak jadi macam Syifa’.”

“Syifa’ manusia biasa, Nisa. Punya banyak kelemahan. Kita sama-sama ambil yang baik-baik. Alangkah baik jika kita mencontohi srikandi-srikandi Islam dahulu. Contohi Saidatina Aisyah yang cerdas dan pintar, contohi Sumayyah yang berjiwa perkasa, contohi Saidatina Khadijah yang mulia, contohi semangat juang Khaulah dengan kuda dan pedangnya, contohi Saidatina Fatimah yang sangat patuh dan taat. Jadilah Nisa seperti diri Nisa. Khairunnisa'. Sebaik-baik wanita.”

Nisa senyum. Dia terpana dengan nasihat-nasihat Syifa’. Cuba menghadam satu per satu. 

“ Nisa, Irsyad Amirul apa khabar? Hehe..” Syifa’ mengusik. Nisa pernah bercerita mengenai Irsyad Amirul kepadanya, lelaki yang telah lama meminati Nisa sejak sekolah menengah lagi tetapi hati Nisa ketika itu adalah untuk Ikmal Asyraf. 

“ Budak Jordan tu? Entahlah, mak dia ada telefon Nisa hari tu. Bertanya khabar. Irsyad ni bersungguh-sungguh nampaknya. Dia cakap kalau Nisa tak ada orang, dia nak masuk. Keluarga dia pun baik dan terima Nisa. Entahlah, Nisa rasa tak bersedia lagi. Syifa’ pun ada cakap kan, bukan masa untuk melayan cinta tapi bersedia untuk cinta. Nisa tak cakap nak atau tak. Nisa nak tumpukan pada pelajaran dulu dan ubah diri. Kalau betul dia nak, dia mesti tunggu Nisa. Dan kalau betul jodoh dia dengan Nisa, akhirnya Allah akan satukan juga”

Syifa’ senyum. Nampaknya Nisa memahami apa yang dia cuba sampaikan. Syifa’ tahu gadis kecil molek yang ayu ini sering sahaja menjadi buruan lelaki. Ini baru dua orang. Yang dikenali Nisa sebelum menjejakkan kaki di UIAM. Itu tidak termasuk yang cuba menawan hati gadis berkulit putih melepak itu di sini. Dia memandang muka Nisa sambil berdoa dalam hati agar Allah merahmati dan mempermudahkan segala urusan sahabatnya ini. Dia memang tidak pernah lupa berdoa untuk sahabat-sahabatnya setiap kali selesai solat.

Jam telah menunjukkan pukul 12.30 pagi. Hampir satu jam telah berlalu. Tidak terasa. Dua lagi sahabat mereka, Najwa dan Arifah telah lama lena dibuai mimpi.

“Eh, Nisa tak nak tidur lagi ke. Dah lewat ni”

“ Nisa nak baca sikit lagi, Syifa’ tidurlah dulu ye”

“Baik..Nisa jangan lewat sangat tidur, tak baik untuk kesihatan”

“Ok…habis sikit je lagi, Nisa masuk tidur. Ustaz Esam kita kan nak buat kuiz esok. Syifa’ dah habis baca dah kan”. Dia teringat Ustaznya yang berbangsa Sudan itu. Sangat baik. Sebolehnya dia mahu memberi yang terbaik dalam kuiz mahupun peperiksaan. Tidak mahu mengecewakan Ustaz yang penat mengajar.

“ Ustaz baik, kan Nisa. Ustaz selalu pesan belajar kerana Allah, nak ilmu kerana Allah, bukan belajar kerana hanya nak cemerlang exam. Syifa’ terkesan sangat dengan kata-kata Ustaz tu. Emm…oklah. Syifa’ tidur dulu ye sayang”. 

Dia memeluk Nisa dan mencium pipi sahabatnya dengan penuh rasa kasih sayang. Nisa terasa amat disayangi. Dia terharu. Syifa’ mula menapak ke arah katilnya.

“Syifa’”

Syifa’ menoleh.

“Ye?”

“Uhibbukifillah. Syukran jazeelan ya ukhti”. Nisa tersenyum.

“La syukra ‘ala wajib. Uhibbukifillah aidhon. Enti sodiqoti fiddunia wal akhirah. ” Syifa’ juga tersenyum.

“ Enti kaman….Syifa' pergilah tidur. Lailah sa’eedah”. Nisa membalas senyuman Syifa’.


“Baik, Syifa’ tidur dulu ye…lailah mubarakah. Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh…..”

Syifa’ tidur dalam keadaan berwuduk. Dia membaca doa dan memejamkan mata. Nisa mencapai telefon bimbitnya di atas meja. Kelihatan dia menekan-nekan butang handphonenya. Membuka sesuatu.

Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah, tak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya…kerana Allah teramat mencintainya..tetapi, andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijaga-Nya…mengapa harus ragu-ragu? Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari..Insya-Allah, Allah ma’aki…Nisaku sayang….carilah dia melalui Dia…”

Air mata Nisa mengalir. Mesej daripada Syifa’ yang telah lama menghuni peti masuk telefon bimbitnya itu dihayati sedalamnya. Hatinya menangis kesal. Nisa mengambil wuduk. Mendirikan solat sunat taubat dua rakaat. Dia menangis dalam munajat seorang hamba kepada Penciptanya. Hamba yang telah banyak berdosa terhadap Yang Maha Pengampun. Hamba yang telah melupakan Yang Maha Penyayang kerana buta dalam cinta palsu. Namun, dia sedar Allah tak pernah melupakan dia. Allah tak pernah meninggalkannya. Hanya dia yang lupa kehadiran Allah saat tenggelam dalam cinta nafsu lelaki. 

Dia berjanji, air matanya tak akan tumpah kerana Ikmal Asyraf lagi. Tak akan mengalir kerana lelaki yang belum tentu miliknya. Selamat tinggal Ikmal Asyraf. Air mataku bukan untukmu. Air mataku tak akan pernah tumpah kerana dirimu lagi. Nisa tidak mahu mengalirkan air mata sia-sia lagi. Menangis terkenangkan lelaki yang belum tentu menjadi takdir buat dirinya. Nisa tahu dia telah tersalah memilih jalan. Dia tahu selama ini dia lalai. Dia lupa akan Al-Khaliq, pemilik hatinya yang sebenar. Dan yang selamanya memiliki hatinya. Air matanya kini hanya untuk Allah. Dia berjanji. 

Nisa tidak sedar, Syifa’ sedang memandangnya. Syifa’ hanya mampu mengalirkan air mata syukur. Dia kemudian merebahkan kepalanya ke atas bantal semula. Dia berhajat ingin mengajak Nisa untuk sama-sama bertahajud pada dua per tiga malam nanti. Dalam keadaan mata yang terpejam, hatinya tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. 

Alhamdulillah…..

Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. ( Yunus 10:107 ) 

Kau telah berubah
Di mana dirimu yang dahulu
Sahabat, kembalilah kepada-Nya
Jangan terus tenggelam 
Dalam dosa bisikan syaitan
Aku di sini
Tak akan pernah putus asa
Tak akan pernah berdiam diri
Melihat kau begini
DIA juga ada
sentiasa bersamaku...
dan juga kamu...


"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"



Salam takziah buat bos ADM yang baru kehilangan opah tercinta. Moga perginya  dengan husnul khotimah. Bersama kita mendoakan keampunan baginya dan moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 
仍在等待。不知道什么

Tuesday, January 3, 2012

.KepadaNya Kita Akan Kembali.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ku Telefon Tuhan Dalam Tahajjud

Semalam, ku telefon Tuhan dalam tahajjudku.


“Tuut, tuut… tuut, tuuut!” Terus diangkat. Dan sebaik sahaja kudengar talian di sebelah sana diangkat, saat itu terus ku luahkan isi hatiku bagai mencurah-curah ke ladang gandum!


“Wahai Yang Maha Agung, aku ini hambaMu. Aku menghubungimu semata-mata ingin mengadu padaMu ya Allah. Wahai Yang Maha Mendengar, aku ingin mengadu kepadaMu bahawa hatiku telah berlubang!”


“Wahai hambaKu. Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas kamu pada badanmu, lalu kamu menerima musibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu untuk menegakkan bagimu neraca timbangan atau membuka buku catatan amalmu.” [1]


“Akan tetapi Allah, lubang di hatiku ini sangat menyakitkan. Dan ini juga bukan kemahuanku.”


“Wahai hambaKu, barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [2]


“Yang penting lubang di hati ini sangat dalam. Dan aku mohon pertolonganMu, mengapa tidak Engkau tutupkannya saja.”


“Jika sekiranya Aku mahu, nescaya akan Kuberikan kepadamu wahai kekasihKu. Akan tetapi telah tetaplah kata-kataKu: Wahai dunia! Pahitkanlah kehidupan para kekasihKu, janganlah sekali-sekali engkau memaniskannya, kelak engkau akan memfitnahinya.” [3]


“Oh begitu rupanya… Sungguh Maha Penyayang Engkau wahai Tuhanku, melindungi aku daripada fitnah dunia. Maka, sekarang aku memohon agar Engkau memberikan aku kekuatan ya Allah.”


“Sesungguhnya Aku sekali-kali tidak membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [4]


“Terima kasih Tuhan, bolehkah Engkau selalu mengingatkan aku di saat aku lupa wahai Tuhanku…?”


“Tentu. Sesungguhnya Akulah yang menciptakanmu dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatimu, dan Aku lebih dekat kepadamu daripada urat lehermu sendiri.” [5]


“Tuhanku, aku sangat-sangat berharap Engkau sentiasa ada bersama denganku.”


“Wahai hambaKu, ketahuilah bahawa Aku sentiasa berada dalam sangkaanmu, dan Aku ada bersamamu ketika kamu menyebutKu. Bila kamu menyebut-Ku dalam dirimu, Aku menyebutmu dalam Diri-Ku. Bila kamu menyebut-Ku dalam khalayak ramai, Aku menyebutmu dalam khalayak yang lebih baik daripada itu. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadamu satu hasta. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadamu satu depa. Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari-lari.” [6]


“Aku ingin menjadi hambaMu yang sebenar-benarnya wahai Tuhanku…”


“Tanda pengenalan hamba-hamba-Ku di hatinya terhadap-Ku ialah dengan menyangka baik terhadap qadar-Ku, tiadalah dikeluh-kesahkannya hukum-hukum-Ku, tiadalah dirasakannya lambat kurnia-Ku dan senantiasa malu berbuat maksiat.” [7]


“Wahai Allah! Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah. Dan aku berjanji akan selalu mengingatiMu lebih daripada segala yang lain.”


“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingati Aku.” [8]


SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. 
La ilaaha illAllah. 
La hawla wala quwwata illa billah.

Lalu ku putuskan talian itu kerana ku tahu sebentar lagi akan ku hubungiNya lagi.

Terima kasih Allah.
Yang tak pernah jemu melayan kerenah ku.
Yang lebih dekat kepadaku berbanding urat leherku.
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.

Terima kasih ya Allah!

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)

Jujurnya, seringkali mempunyai perasaan yang tidak menentu, gelisah, takut, rindu, geram, kecewa, gembira, penuh semangat, semuanya bercampur baur, positif dan negatif, aura itu bergelodak di dalam, sesekali dia keluar namun jarang dilihat oleh sesiapa, simpan untuk tatapan sendiri dan DIA.  Menguji sejauh mana rasa itu dimbangi dengan kesyukuran atau kesedihan. Menguji tahap iman itu sendiri. Menguji tahap kedudukan DIA dihati. 

Luahan rasa itu samada pada DIA atau sahabat yang sefikrah sebenarnya sedikit meringankan diri, untuk menyedarkan bahawa diri tidak bersendirian. Perlu diingatkan memahami bukan sekadar menasihati. Sekadar mendengar hingga lahir empati (bukan simpati ya) sebenarnya banyak meringankan penderitaan. Insan-insan yang mendengar luahan hati ini, jzzk. Cukuplah sekadar setelah teman itu 'bangun', diri terasa ringan.

Menangislah apabila anda dipilih memimpin sinar IMAN disebalik UJIAN... 

Saat airmata itu keluar kelonggaran pada kepadatan sebenarnya berlaku. Menangis bukan tanda lemah, bukan jua tanda tidak redha namun simfoninya menguatkan rasa kehambaan. Jika mahu rasa tangisan kerna DIA, hamparkan sejadahmu di pertiga malam. Luahan jiwa padaNya lebih menguatkan hati. Isya'allah lebih memperkukuhkan rasa kehambaan. 

Bekunya air mata dari kerasnya hati....Kerasnya hati dari banyaknya dosa....banyak dosa dari lupanya mati kerana terlalu cintakan DUNIA..(buat renungan hati) 

Perlu muhasabah diri. Bahawa selama ini diri ini masih punya pemberontakan kecil pada ALLAH. Nikmat dan sifat pemurah ALLAH melebihi ujianNya. Terlalu banyak nikmat yang diberi oleh ALLAH sehinggakan ALLAH sentiasa memberi melebihi dari yang dipinta dan disedari, namun sedikit sekali mulut ini menyebut dan mensyukurinya. Sebaliknya di kala ALLAH memberi sedikit ujian dalam bentuk kesulitan dan kesusahan, mudah sekali mulut ini berbicara dan merintih.. ringan mulut ini berbicara pada insan lain.. 
(Ibnu ‘ata illah)

Rezeki banyak, tetapi tidak puas... 
Umur panjang, tetapi dipenuhi dosa... 
Masa lapang, tetapi hilang manfaat... 
Kesibukan yang memanjang, 
keresahan yang tidak berpenghujung mungkin sedang berlaku dalam hidup kita... 
Anak-anak degil... 
Isteri atau suami semakin degil dan tidak serasi… 
Apakah ini semua kerana dosa kita terhadap orang tua? 
Apakah Allah swt sedang murkakan kita?

Memaafkan itu seperti membebaskan tahanan dari penjara bawah tanah yang gelap dan menyeramkan. Lalu kau tahu bahwa tahanan itu adalah dirimu, yg memberi sedikit ruang di hatimu.


Memelihara sakit hati itu ibarat membawa labu dalam kresek bolong-bolong ke mana-mana. Belum lama akan membusuk dan berat. Bila tercium busuknya, sang pembawa juga kan tertular busuknya.


Manusia berkata,”Aku lah sang juara!
Bukankah manusia hanyalah tempat salah dan dosa?

Menuding, menunjuk tak akan membuatnya mulia

Tunjuklah hati, tunjuklah diri,

Sudahkah ia bersujud, tunduk dan selalu menyebut

Allah…Allah..Allah dan Allah….?

Sungguh, tak ada juara itu, melainkan Allah!

Dimanakah Kebenaran?

Demi Dia yang menguasai langit dan semesta

Demi Dia yang menggenggam jiwa-jiwa manusia

Ketika tiba masanya semesta menunduk

Ketika tiba masanya jiwa-jiwa membuka tabir dirinya

Siapa kamu? Apa? Apa yang kau lakukan di dunia?

Wajah-wajah pucat menjawab

Aku si anu yang beragama anu

Apa agamamu? Islam? Yahudi? Nasrani atau Majusi?

Bukan! Agamamu adalah nafsu!

Nafsu yang membuatmu lupa

Kepada siapa sesungguhnya kamu akan kembali

Asif jiddan, andai lama tidak 'menunjukkan diri', mungkin ada yang sudah tahu tentang blog ADM. Blog yang penuh dengan bingkisan rohani. Tarbiyyah yang memaknakan diri. Jemput ziarah ke sana. Mungkin selepas ini terpaksa berhenti buat masa yang lama. Menyambung tugasan yang jauh. Sesungguhnya perancangan DIA amat hebat. Diri ini memang perlu beruzlah.
 Carilah satu dunia asing untuk kamu keluar dari diri kamu yang sudah rapuh dan kering itu. Basahkan kembali dengan bersunyi-sunyi dengan Allah; sama ada di tikar sejadah, atau hamparan bumi dan alam yang tekun dengan zikrullah.

 Asif jiddan juga, pada yang 'terasa', pada yang sedang 'berjuang' teruskan dan jangan pernah berhenti!, pada yang ingin berjuang, silakan, DIA ada selagi perjuangan itu dilandasanNya yang betul. Namun andai ada yang ingin berhenti berjuang, muhasabah kembali, takut dan gerun andai 'cahaya' itu tidak akan datang kembali. Ingat ramai diluar sana lebih memerlukan. Bersyukurlah disetiap kali kita jatuh. Kerana DIA masih menyedari kewujudan kita sebagai hambaNya jangan sampai masa dilupakan kita.

Asif sekali lagi. Peliharalah jiwa, hati, ingat Allah selalu. Abdi Ilahi ini ingin mengundur diri. Panjang umur, insya'allah 'bertemu' lagi. Mohon doa kalian moga perjalanan hari ini selamat. 


p/s : Nisa, msg kt hpon akak tarikh untuk bulan 2 tu ye.. segera tau, takut xdapat datang kalau lmbt inform.

. . . . . . . . . . . . . . . .
神愿意。等待时间

Monday, December 19, 2011

.Ukhwah fillah IV.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

p/s: betapa ramai org yg pernah berada di posisi Zuraida, tapi sbb syaitan lebih kuat berkuasa, maka niat murni itu terpendam saja, tak diluahkan. bukan mudah nak jadi mcm Zuraida, berdoakan kebaikan dan nyatakan kebaikan kepada sahabatnya yg diberikan kelebihan. Manakala, ramai jugak yg berada di posisi Hayati, yg sedar akan hak yg lain yg perlu ditunaikan tetapi selalunya atas desakan situasi utk mempunyai pengganti perjalanan dakwah, akhirnya hak yg perlu ditunaikan tak tertunai.

Wallahu’alam.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Xiàjiàng. Shāngkǒule. Yào bīngqílín. Dàn bùnéng. Cuòguò gè yuè



.Ukhwah fillah III.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


sambungan...

"Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan," Hayati mula meluahkan isi hatinya.

Zuraidah berkata, "Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah.."
Hayati menyambung, "Betul? Kosong-kosong! "
Zuraidah pula berkatai, "Kosong-kosong! "

"Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!" Hayati mula meng"list-out" perjanjian di antara mereka.

"Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita "fastabiqul khairat", mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe.." Zuraida menyambung.

"Lillahi ta’ala!" Zuraida dan Hayati menyebut kalimah "kerana Allah ta’ala" serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri.

"Jom makan aiskrim ni dah cair!!" Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati.
"Hehe.." Hayati tergelak kecil.

"Er… kita nak tido mana ye malam ni?" Zuraida bertanya.
"Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah" jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang "sporting" dan lucu.

Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dan meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. Itulah doa mereka berdua.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Xiàjiàng. Shāngkǒule. Yào bīngqílín. Dàn bùnéng. Cuòguò gè yuè



.Ukhwah fillah II.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



sambungan....

Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan mad’u, dari segi segala segi.

Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, "Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau"

Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya.

Benarlah seperti nasihat Kak Elin, "sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita."

Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.

Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya’. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.
Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata.

Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah.

"Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ," getus Zuraidah dalam hati.

Hayati melihat "rear-view mirror", ternampak muka Zuraida yang serius.
Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar "handphone"nya.
Hayati menaip sms, "Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe."

Sufiah membuat "announcement" , "Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya."

Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, "Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands." Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat.

"Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak "outing" berdua," Hayati mengajak Zuraida.
Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.
Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, "Jom dok kat tepi jeti tu.."
Hayati mula bicara, "Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan…."
Zuraida tersenyum sahaja.

Hayati bicara lagi, "Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih…."
Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata.
"Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak," kata Zuraida, matanya berkaca-kaca.
Hayati mengangguk, "Cakaplah.."

"Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya." Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju. Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.

Maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. " Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.

"Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ‘ujub dan riya’ ," Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya.

Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Xiàjiàng. Shāngkǒule. Yào bīngqílín. Dàn bùnéng. Cuòguò gè yuè



.Ukhwah fillah I.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


sambungan....

"Awak tau tak…" Zuraida memulakan bicara.
"Tak tau, hehe" Hayati berlawak.
"Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu.." Zuraida terus merajuk.
"Alah, awak ni.. Saya gurau je.." Hayati cuba memujuk.

Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak-tanduk Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandai menyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.

"Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya….." belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.

"Assalamualaikum. . Nak pegi mana tu?" Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah "pull-over" kereta kecilnya yang berwarna merah. "Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni"
"Kami nak ke North Melbourne , are you heading that way as well?" tanya Hayati.

Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja.

"Come in, come in. Have a ride. I’m heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne ." Kata Sufiah.

Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, "Yati, ni lagu untuk awak." Hayati senyum, "Terima Kasih". Sufiah pula mencelah, "Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?". Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.

Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,

"Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini"

Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Xiàjiàng. Shāngkǒule. Yào bīngqílín. Dàn bùnéng. Cuòguò gè yuè



.Ukhwah fillah.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dalam kita bermujahadah untuk melaksanakan dakwah, banyak perkara yang diambil remeh atau terlepas pandang yang mungkin akan mempengaruhi dakwah gred apa yang akan kita wariskan kepada generasi seterusnya. Penulis buku Al Awaiq, Muhammad Ar Rasyid berkata, "Setiap orang akan bertindak dan memiliki sikap positif sekadar mana dia memahami erti persaudaraan. Ada yang memiliki ketinggian ukhuwwah dan ada yang gugur kerana rendahnya erti ukhuwwah dalam dirinya."

Hayati mengemas pakaiannya ke dalam "back-pack"nya, sementara menunggu laptopnya "turn-off". Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam "back-pack"nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.

"Awak tak tido umah malam ni ke?" tanya Zuraida.
Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.
"Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study," Zuraida merengek.

Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas. "Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. Kadang-kadang, saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah."
Zuraida mencebik. "Awak tido rumah sape pulak malam ni?"

"Rumah, err.. rumah.. Huda." Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah yan gmempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang syumul.

Sejak Huda baru sampai ke bumi "Down Under" ini, Hayati telah pun menjalinkan hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya.
"Awak nak ikut, Zuraida?" Hayati cuba menghangatkan suasana.
Muka Zuraida terus berubah ceria, "Boleh juga!"

Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati dalam dia memenangi hati mad’unya, kadang-kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sangat "supportive" , dan sering memberi kata perangsang, serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut "duty roster" rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya, terutama sekali Zuraida.

"Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!" kelam kabut Zuraida meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya.

Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas.
Zuraida melihat jadual bas, "Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru pukul 5.15 p.m"
Hayati mengangguk, "Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang"
Zuraida sengih lagi.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Xiàjiàng. Shāngkǒule. Yào bīngqílín. Dàn bùnéng. Cuòguò gè yuè



Thursday, November 17, 2011

.Adakah cerita kita tetap sama?.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Satu ketika dahulu, adikku pernah bertanya kami sewaktu kepulangan kami ke kota scotland sepulang dari program di Birmingham.

‘Kak, bila lagi kita nak jalan sama-sama lagi?’

Hatinya mungkin sayu.

Dan aku menatapnya pilu.

Mungkin itulah detik terakhir aku melihatnya sebagai seorang gadis.

Dia pulang ke tanah air setelah itu, dan malam ni alhamdulillah selamat diijabkabulkan dengan lelaki terbaik, pilihan Allah buatnya.

‘Apa perasaan aisyah, akak nak kahwin ini?’

Dahulu pernah aku ditanya begitu di saaat kakak yang rapat denganku akan berumah tangga.

Memang bila kita masih single, kita suka kawan-kawan/akhawat sentiasa bersama kita.

Namun bile mereka diambil oleh lelaki asing, tentulah keadaanya tidakkan sama lagi.
Manusia perlu berkahwin. Itulah sunnatullah. Itulah fasa yang perlu dihadapi. Dunia akan terus berjalan, dan manusia akan hidup dengan pasangannya, mencipta mimpi dan cita-cita.

‘Dulu time tak kahwin, ada je masa dengan kita. Sekarang dah kahwin, tak pernah duduk lama2 dengan kita dan borak lama2. nak pergi mana-mana mesti pergi dengan hubby.’

Memang itu norma. Tak dapat dielakkan. Jika kita berada ditempatnya, kita pasti melakukan perkara yang sama.

(sebab itu setiap akhawat yang dah kahwin akan bermatian mencari pasangan untuk mutarabbinya kerana memahami kesedihan itu)

Perkara ini bukan dirasai oleh akhawat sahaja. orang biasa pun sama.

Itulah sunnatullah.

Sebab itulah, sebagai murabbi, perasaan kita pasti bercampur baur ketika menyaksikan pernikahan mutarabbi/akhawat/sahabat baik kita.

Kita teramat gembira untuk dia. Dan kita akan bantunya sedaya mungkin melalui proses pernikahan itu.

Namun ada satu posisi yang tak dapat kita lari darinya.

Kita akan ‘terasa’ kehilangannya.

Keadaan pasti tak sama seperti dahulu.

Dia berlainan apabila pada awal pengenalan kita dah kenal orang itu sudah berkahwin, sebab kita boleh adapt.

Seperti saya, meladeni zarith dari usia mudanya bertatih di bumi dakwah ini. Melihatnya tumbuh dan subur menjadi seorang mujahidah yang akhirnya acapkali menjadi pembantu saya dalam pelbagai perkara. Hinggalah di tahap ini kami semarhalah dalam tarbiyah. Pelbagai peristiwa dan cerita dilalui. Semua perkara diqadhayakan bersama. Suka dan duka, tangis dan tawa. Malah kereta dakwah kami banyak menyaksikan pergaduhan kami, dan air mata yang berguguran kerananya.

Bagaimana tidak aku anggapnya istimewa, kerana pada dirinya aku temui kekuatan dan teguran pedas sehinggakan aku merasai pada setiap tegurannya…

‘Dia ini tak faham ke perasaan orang. asyik fire je..’

Namun itulah dia sahabatku, dan mungkin tak ramai memahamiku seperti dia.

‘Adakah sister kita akan sama seperti mana dia dah kahwin dan sebelum kahwin?’

Logiknya memanglah kene berbeza. sebab itulah fasanya akan jadi berbeza.

Namun mindset/matlamat kepada baitul dakwah itu teramat penting.

Aku ceritakan pada kamu sebuah cerita.

Tentu kamu amat mengkaguminya.Orang sebegini tidak mampu menukilkan tinta emas mereka kerana kesibukan mereka yang melampau untuk agama Allah dan RasulNya, serta menunaikan hak peribadi mereka yang lain.

Ukhti ini seorang doktor pakar perubatan (Jawatan registrar/associate specialist) di sebuah hospital di Malaysia. Dai ada 4 orang anak yang semuanya agak kecil.

Dahulu pernah dia memegang usrah seramai 20 orang. Maknanya setiap 20 orang itu pasti memiliki sekurang-kurangnya 10 anak binaan.

Dan anak-anak binaan di bawahnya itu memiliki lagi binaan yang lain.

Pernah apabila dibuat statistik, usrah tree mereka memiliki 800 orang ahli.. semuanya bernukleuskan usrah ukhti itu tadi.

Kalau antum bekerja sebagai doktor, antum tahu betapa perit dan letihnya waktu oncall.

Orang biasa akan balik rumah, makan, dan tidur.

Bagi daie seperti dia, habis kerja, pergi usrah, makan di tempat usrah, qadhaya, dan tidur 3-4 am, kemudian bekerja semula pada 7 amnya semula.

Orang biasa akan gunakan hujung minggu untuk mengemas rumah atau pergi bercuti. Bagi daie, seminggu dalam sebulan untuk keluarga, seminggu dalam sebulan untuk kenduri, seminggu sebulan untuk daurah diri sendiri, seminggu sebulan untuk daurah mutarabbinya.

Namun orang sesibuk itu bagaimana pula? Masih lagi ada mesyuarat dan program-program kemasyarakatan yang lainnya.

Dalam arus kebangkitan dakwah dan tarbiyah ini, ramai orang mendambakan kesinambungan dakwah dan tarbiyah di Malaysia. Terutamanya bagi pelajar di luar negara.

Pernah nama-nama pelajar ini diserahkan padanya untuk disambungkan tarbiyah di Malaysia. Ketika itu dia baru pulang dari bekerja. Kemudian ada usrahnya sendiri yang habis pukul 1-2 am. Lepas menyusukan anaknya dia mahu sahaja tidur kepenatan, namun melihat borang-borang pindah ahli yang tak disentuh lagi dia berkata:

‘Kalau aku tak buat amanah ni, Allah pasti akan cari orang lain untuk buat.’

Dia melawan kepenatan dan keletihan badannya untuk membalas emel dan menguruskan perpindahan itu malam itu.

Dan dia cuma tidur sejam sahaja malam itu sebelum kembali bekerja di hospital.

Saya amat kagumi ukhti itu. Dan saya rasa amat dekat dengannya. Walaupun dia sudah berkahwin dan ada 4 orang anak. Dirinya tak pernah rengang dan jauh dari kami. Sentiasa dekat. Sentiasa ada ruang-ruang berkongsi masalah dan bertanya khabar.

Adakah cerita kita tetap sama? Walaupun status kita akan bertukar nanti?

Pasti ya,

Bila dakwah dan tarbiyah, tetap menjadi paksi hidup kita.

Insyaallah.



~Istimewa buat Hamraa~
Cerita ini cerita kita
Jika suatu masa dahulu diberi maka tiba masa untuk dipulangkan..

爱月亮