.Hari Ini.


Saturday, February 12, 2011

.Doa Iftitah.

Doa iftitah ialah doa yang dibaca sebagai pembuka solat setelah selesai takbiratulihram; sebelum membaca surah al-Fatihah. Hukum membaca doa iftitah ialah sunat haiat. Kita boleh memilih mana-mana satu doa iftitah yang pernah diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Doa iftitah ini hendaklah dibaca perlahan dan tidak dikuatkan suara.

Abu Hurairah r.a. menceritakan: "Aku bertanya baginda, Wahai Rasulullah, Sesunguhnya aku melihatmu senyap diantara takbir dan bacaan al-Fatihah. Apakah yang engkau ucapkan?". Baginda menjawab: "Aku membaca, "Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada dosa-dosaku sebagaimana Engkau menjauhkan Timur dan Barat. Ya Allah! Bersihkanlah daku daripada dosa-dosaku sebagaimana dibersihkan pakaian putih daripada kotoran. Ya Allah! Sucikanlah daku daripada dosa-dosaku dengan salji, air dan embun". (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ibnu Abi Syaibah)

Ada berbagai-bagai bacaan doa iftitah yang diamalkan dalam solat. Bacaan yang biasa diamalkan oleh penduduk di negara kita, Malaysia ialah: 



Menurut riwayat Muslim, Nabi Muhammad SAW biasa mengamalkan doa iftitah seperti ini pada solat malamnya. Antara ikrar yang terdapat didalam bacaan doa iftitah ialah:


  • Memuji Allah Yang Maha Besar dan Maha Suci.
"Allah Maha Besar, lagi sempurna kebesaran-Nya. Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang."

  • Menghadap Allah dengan berserah diri 

"Kuhadapkan wajahku kepada zat (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dengan berserah diri"

  • Berjanji kita bukan orang Musyrik

"Dan aku bukan daripada golongan orang-orang musyrik (orang kafir)"

  • Memahami hakikat seorang hamba kepada Allah

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan Semesta alam."

  • Kita seorang Muslim (bukan orang Musyrik)

"Tidak ada sekutu bagi-Nya, kerana itu aku diperintahkan (untuk tidak menyekutukan-Nya) dan aku daripada golongan orang-orang Muslim."
Melalui bacaan doa iftitah didalam solat, hati kita sentiasa terdidik dengan janji dan ikrar terhadap Allah. Doa iftitah menyedarkan bahawa kita ialah hamba yang wajib patuh dan mentaati perintah-Nya.

Friday, February 11, 2011

.Perkongsian Artikel.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ingin berkongsi satu artikel yang walaupun agak santai namun ada 'sesuatu' didalamnya..artikel pertama yang ditulis oleh penulis..moga memberi manfaat pada yang membacanya..

~~~~~~~~~~~~~oooooOOOooooo~~~~~~~~~~~~~

*citer ni kena ada daya imaginasi yang tinggi...jika nak lagi mudah penghayatan, cuba baca cerita ni sambil pejam mata, insyaallah bayangan2 watak dalam story ni muncul.. =) *

Citer ni pasal seekor kucing dan seorang gadis
Kucing tu kucing liar
Hidup merempat
Tiada tuan
Tiada rumah
Selalu tak cukup makan
Dia on the way ke ruang sampah, carik nasi basi atau sisa2 ayam kentaki

Kemudian, muncul seorang gadis
Gadis biasa2 je, dalam lingkungan belasan taun, pelajar lepasan PMR
Berbaju kurung ungu dan bertudung hitam
Gadis mendekati kucing tu
Kucing tu cuba melarikan diri
Tetapi dinding menghalang laluan kucing
Kucing tu mula gabra

Gadis terus memujuk, sambil menghulur friskis di tangannya
Kucing mulai kurang gabra, kerana ada friskis di tangan si gadis
Kucing slow2 mendekati gadis, sambil menghidu2 friskis
Kemudian kucing menarik satu friskis dan bawak makan jauh2
Kerana kucing tu masih malu2 kucing
Kemudian kucing hidu2 sisa friskis tu
Pasal dah abes
Kucing mau lagi friskis tapi malu nak mintak

Kemudian si gadis mendekati lagi kucing tu
Menghulurkan friskis ke-2
Kucing amek friskis ke-2 tu sambil miow2 lapar
Kemudian gadis membelai kepala kucing
Kucing terkejut, tapi kerana masih mengunyah friskis, kucing tak dapat lari
Kucing habiskan friskis ke-2

Kemudian,
Kucing mengiau, mintak friskis ke-3
Kucing dah tak takut2 dengan gadis
Kerana kucing tahu gadis tu takkan mencederakan dia
Kucing terus makan kesemua friskis yang ada dalam genggaman si gadis
Kucing tak hiraukan belaian gadis tu dah kerana terlalu lapar
Akhirnya kucing kenyang

...refresh otak...

..buang segala bayangan tu

Sebenarnya
Cerita ni rekaan je
Tapi fenomena kucing takut2 ni ada je memana
Jika kita biasa bagi makan kat kucing liar
Kalo burung merpati liar pun camni gak, tapi diorang jinak lagi la
Cuma apa yang kita nampak melalui teori kucing liar ni?
Kita dapati kucing ni bukan takut dengan makanan tu, tapi kucing takut dengan manusia
Kerana mungkin ada sejarah silam yang kerap dizalimi manusia
Kerana status dia seekor kucing kurap
Kucing tu mahukan makanan, tapi kerana ada manusia di situ, persepsi terus berubah kerana trauma2 hidup bersama manusia masih ada

Ada orang bila bagi makan kucing jenis takut2 ni, dia terus give-up dan label kucing tu sombong@bodoh ke apa, sedangkan kucing tu ada sebab tersendiri kenapa dia bersikap camtu
Akhirnya ada kucing yang mati kebuluran
Lagi leceh, ada jenis yang panas baran, dia terus ligan (kejar) kucing tu, kerana geram kucing tu taknak makan friskis dia bagi
Bila dah dapat, dia seksa kucing tu kaw2 sampai jadi sayur

Analogi ni macam fenomena manusia skang ni...
Bayangkan kalo friskis tu adalah hidayah, gadis tu adalah daie, dan kucing adalah mad'u
Sebenarnya ramai manusia mahukan hidayah (based on pengalaman sendiri), tapi sikit orang nak menyampaikan hidayah dengan murni
Sikit je daie nak sampaikan hidayah elok2
Sikit je manusia nak istiqamah dengan mende2 baik ni
Sikit je manusia sanggup berkorban untuk sampaikan mende baik kepada orang lain

Hidayah ni cahaya, ramai orang nak mende tu
Hanya orang gila je suka hidup sesat
Hanya orang bengong je nak masuk Neraka
Hanya orang sewel je suka tambah dosa
Ramai orang mahukan kebenaran, pasal kebenaran tu kebahagiaan
Tapi tak ramai ada peluang nak raih hidayah
Sama ada kerana dia sendiri taknak carik
Atau kerana golongan penyampai2 kebenaran ni sikit atau ciput

Tambah2 kalo mereka jenis kucing liar ni
Bergaul dengan orang leceh2
Tak pernah dapat didikan agama

Saya pernah jumpa gadis umur 19 taun, tanya saya niat puasa bulan ramadhan
Saya tak marah gadis tu, at least dia tanya
Saya cuma kesian, masih ramai lagi camni merata-rata
Persoalannya ada banyak
Apa tanggungjawab parent dia?
Apa tanggungjawab adik beradik dia?
Apa tanggungjawab kawan2 dia?
Apa tanggungjawab jiran2 dia?
Apa tanggungjawab masyarakat?
Apa fungsi pemimpin?

Kita lihat method gadis tu
Mudah je, iaitu memujuk dan sabar
Memang la memula mad'u tak nak terima
Tapi takkan la nak terus stop bila 1st trial?
Lelama nanti hasil usaha memujuk dan sabar kita, insyaallah terdetik gak hati dia nak berubah slow2

Malangnya saya dapati ramai daie skang ni lebih kuat menghukum, daripada guna konsep 'memujuk dan sabar'
Bila lihat mad'u macam taknak dengar kata, terus label dia jahil atau bengong atau apa
Bila lihat mad'u buat mende leceh kerana taktau, kita terus sangka dia bakal penghuni nerakaWalhal kadangkala kesalahan mad'u tu takde la sekejam puak zionis
Kesilapan minor yang jadik khilaf je
Mungkin kerana salah faham atau kerana taktau
Takde jejas pun iman seorang daie
Takde jejas reputasi seorang daie pun
Lagipun, sebagai daie, apalah sangat mende2 leceh tu
Jika dibandingkan dengan nilai sebutir hidayah tu
Dan ganjaran kepada yang berusaha

Lagi leceh, dunia skang ni makin gila
Apabila saya dapati sesama daie pun sibuk timbul macam2 masalah atas kepentingan peribadi
Lagi hampeh, daie kurang manfaatkan masa dengan mende berfaedah, tetapi banyak masa abes dengan mende2 leceh seperti ....(isi sendiri)
Lagi mengarut, proses pencarian ilmu oleh daie sendiri terhalang oleh pelbagai pihak yang leceh
Lagi rumit, ada pulak sesetengah manusia berstatus Islam sendiri menghalang usaha dakwah di negara ni
Saya sendiri pernah kena
Kawan2 saya pernah kena
Saya dah lihat dengan mata sendiri secara 'live'
Hinggakan ada yang jadi gaban dek halangan2 leceh ni

Kalo camni berlarutan, apakah kesudahan hidup kita?
Umat Yahudi steady je hina rasul kita melalui facebook ni, bila lak kita nak bertindak?
Sampai bila kita nak buat2 bodo je dengan pencemaran maruah agama kita ni?
Sampai bila kita nak bersatu menyampaikan kebenaran?

Takkan nak tunggu hari kiamat baru nak insaf?
Kita boleh jadikan rakyat Malaysia ni satu masyarakat majmuk yang bersyariat, kalo ramai daie amalkan konsep macam gadis tu
Mende ni satu proses, kalo bukan hari ini, bila lagi kita nak sedar?
Para daie adalah penyambung usaha melahirkan generasi yang bersyariat
Jangan anda jadi salah sorang yang memutuskan tali-tali dakwah
Perjuangan masih panjang dan penuh duri berbisa
Kerana habuan Syurga ni bukan mudah seperti teori yang dicanang

Jom lahirkan rakyat Malaysia yang bersyariat!
Kalo rasa bes share la sama orang lain..kalo tak bes takyah share sama sapa2...kalo tak rasa apa2, minum ABC insyaallah rasa buah..no thanx to me, but appreciate Allah for His gift..

Peace no war

Gud luck!

Wassalam

*Nota ini tidak ditaja oleh mana2 NGO atau agensi, hanya dibawah naungan Allah s.w.t.*

-QZS

Manusia biasanya menghabiskan umurnya untuk mencapai bahagia pada jalan mencari harta, akan tetapi setelah dia mendapat harta yang banyak hatinya semakin susah. Sesungguhnya harta itu terletak pada yang luar, sedangkan bahagia itu terletak di dalam. Kebahagiaan itu akan didapati apabila mendapat keberkatan hidup, keberkatan itu ialah; memberi manfaat kepada rohani, manfaat kepada jasmani, memberi manfaat kepada masyarakat dan hidup diredhai Allah..

Saturday, February 5, 2011

.Amanat Syeikh Ahmad Yasin.

 
Syeikh ahmad Yasin yang begitu kecewa dan sedih dengan sikap bangsa Arab telah berkata:

"Tidakkah kamu lihat, wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?
Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kerusi roda) ku. Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu, wahai bangsa arab, kalian diam membisu dan lemah atau adakah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana ALLAH.

Tiada satu pun kumpulan (daripada kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami dari golongan mulia kepada golongan yang dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh, penjenayah serta pengganas.

Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat airmata kami dan meringankan beban kami.

Adakah pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan ;

" Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang-temulang mereka, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!"


Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dalam keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti sehingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada'.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Kami juga berharap kepada kalian supaya janganlah menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini."

MUNAJAT

"Ya Allah, kami mengadu kepadaMu...
Kami mengadu kepadaMu...
Kami mengadu kepadaMu...
Kami mengadu kepadaMu...
Lemahnya kami dan kurangnya helah kami.
Demikianlah kami di hadapan manusia. 
Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhan kami. 
Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. 
Adakah kepada orang yang jauh, yang akan menyerbu kami. 
Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu, darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, runah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu, berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya haluan kami, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami...'