Doa iftitah ialah doa yang dibaca sebagai pembuka solat setelah selesai takbiratulihram; sebelum membaca surah al-Fatihah. Hukum membaca doa iftitah ialah sunat haiat. Kita boleh memilih mana-mana satu doa iftitah yang pernah diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Doa iftitah ini hendaklah dibaca perlahan dan tidak dikuatkan suara.
Abu Hurairah r.a. menceritakan: "Aku bertanya baginda, Wahai Rasulullah, Sesunguhnya aku melihatmu senyap diantara takbir dan bacaan al-Fatihah. Apakah yang engkau ucapkan?". Baginda menjawab: "Aku membaca, "Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada dosa-dosaku sebagaimana Engkau menjauhkan Timur dan Barat. Ya Allah! Bersihkanlah daku daripada dosa-dosaku sebagaimana dibersihkan pakaian putih daripada kotoran. Ya Allah! Sucikanlah daku daripada dosa-dosaku dengan salji, air dan embun". (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ibnu Abi Syaibah)
Ada berbagai-bagai bacaan doa iftitah yang diamalkan dalam solat. Bacaan yang biasa diamalkan oleh penduduk di negara kita, Malaysia ialah:
Menurut riwayat Muslim, Nabi Muhammad SAW biasa mengamalkan doa iftitah seperti ini pada solat malamnya. Antara ikrar yang terdapat didalam bacaan doa iftitah ialah:
- Memuji Allah Yang Maha Besar dan Maha Suci.
"Allah Maha Besar, lagi sempurna kebesaran-Nya. Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang."
- Menghadap Allah dengan berserah diri
"Kuhadapkan wajahku kepada zat (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dengan berserah diri"
- Berjanji kita bukan orang Musyrik
"Dan aku bukan daripada golongan orang-orang musyrik (orang kafir)"
- Memahami hakikat seorang hamba kepada Allah
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan Semesta alam."
- Kita seorang Muslim (bukan orang Musyrik)
"Tidak ada sekutu bagi-Nya, kerana itu aku diperintahkan (untuk tidak menyekutukan-Nya) dan aku daripada golongan orang-orang Muslim."
Melalui bacaan doa iftitah didalam solat, hati kita sentiasa terdidik dengan janji dan ikrar terhadap Allah. Doa iftitah menyedarkan bahawa kita ialah hamba yang wajib patuh dan mentaati perintah-Nya.
No comments:
Post a Comment