.Hari Ini.


Wednesday, March 2, 2011

.Membaca Surah An Nas Sebelum Solat.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Surah an Nas ialah surah yang ke-114 didalam al-Quran. Ia disusun sebagai surah terakhir; mengandungi enam ayat, 20 patah perkataan dan 79 huruf. Ada tiga Asmaul Husna (nama-nama Allah yang baik) disebut didalam surah ini.

Asmaul Husna seperti ar-Rab, al-Malik dan al-Illah menggambarkan bahawa Allah Maha Pencipta, Maha Memelihara dan Maha Memberi Kesejahteraan serta Keselamatan kepada maklukh-Nya.




Maksud surah an-Nas :

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) pemelihara semua manusia.

2. Yang menguasai semua manusia.

3. Tuhan yang berhak disembah oleh semua manusia.

4. Daripada kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.

5. Yang melemparkan bisikan hasutan ke dalam hati manusia.

6. (Pembisik dan penghasut) daripada golongan jin dan manusia.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Anas bin Malik meriwayatkan, “Sesungguhnya syaitan meletakkan belalainya pada hati anak Adam (manusia), jika dia berzikir (ingat) kepada Allah, maka syaitan akan menjauhinya dan jika dia lalai, dimakan hati manusia yang disebut “was wasil khannas”.

Suruhan membaca surah an-Nas amat tepat untuk diamalkan sebelum solat. Cara tersebut dapat menghindari rasa ragu, khayal dan tidak khusyuk semasa solat. Rasa khusyuk dapat dicapai dengan menghayati setiap erti bacaan solat dan berasa seolah-olah sedang berbicara dengan Allah.

Pada suatu hari Abu Dzar menemui Nabi Muhammad SAW di dalam masjid. Nabi Muhammad SAW menyuruh Abu Dzar menunaikan solat. Nabi Muhammad SAW berpesan, “Wahai Abu Dzar, berlindunglah kamu kepada Allah daripada kejahatan syaitan dan jin”.

Abu Dzar bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, “Adakah manusia ada juga seperti syaitan?” Nabi Muhammad SAW menjawab, “Ya”

Saranan Rasulullah SAW supaya memohon perlindungan daripada Allah ini juga amat sesuai untuk diamalkan dalam setiap aktiviti kehidupan. Manusia ialah makhluk yang lemah. Kita sentiasa terdedah kepada ancaman bahaya penipu, perompak, peragut dan pencuri. Syaitan pula berazam menyesatkan keturunan Adam a.s selagi dunia belum kiamat.

Mudah-mudahan kita dilindungi Allah berkat mengamalkan bacaan dan zikir surah an-Nas ini. Insya’allah.


No comments:

Post a Comment