.Hari Ini.


Friday, April 6, 2012

.Sahabat.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir sekalian alam. Dalam menuturkan indahnya nama Allah yang Maha Mulia, semoga kita tenggelam dalam rasa syukur pada rahmatNya. Alhamdulillah masih bernafas hingga saat ini. Diberi kesempatan lagi dalam menilai kembali diri, masih dilandasan yang lurus atau bengkang bengkok sudah. Perlu u-turn atau bagaimana. Ironinya Abdi Ilahi ini yang seringkali tergelincir.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w dan kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi’n, para alim ulama. Salam jumaat penuh barakah. Buat yang membaca entry ini, segala yang bakal Abdi Ilahi nukilkan mohon akan husnudzon. 
“Sesungguh Allah dan para malaikatNya berselawat (menyampaikan rahmat serta memuji) untuk Nabi (Muhammad). Wahai orang-orang yang beriman berselawat serta ucapkanlah salam ke atas Nabi dengan sebenar-benarnya” .(Surah al-Ahzab, ayat 52)
"Beep.." bunyi mesej masuk.
"Akak, tamat sudah episod kecindan disini, mulanya dengan akak, akhirnya dengan Aishah, seperti selalunya, yang terbaik akan tinggalkan saya, sedih kak.." - ayat seorang adik.
Awal tahun 2012 Abdi Ilahi mengenalinya, hari ini genap 4 bulan, namun ikatan yang terbina bagaikan sudah 40 tahun. Benar, sahabat itu datang dan pergi, samada datangnya disisi kita lama atau sebentar cuma, hakikatnya terukir di hati selamanya. Terpulang bagaimana kita menyimpan dan menautkan ukhwah itu, mungkin ada yang selesa dengan berhubung saban hari. Namun bagi Abdi Ilahi, sekali dilafazkan ukhwah itu kerana Allah, selamanya di hati, hubungan terus itu jarang namun untaian doa itu tidak putus. Masing-masing punya tempat sendiri dihati ini. Tidak mampu diubah oleh sesiapa kecuali DIA. Sesekali terpanggil untuk berhubung namun selebihnya bergantung sepenuhnya pada DIA. 
Kadang-kadang bila kita tahu orang yang kita sayang dalam kesusahan dan kesedihan, kita mahu disampingnya, duduk disebelahnya, bahu bertemu bahu, menenangkan dirinya tetapi kadang-kadang perkara itu mustahil apabila melihat jarak dan masa, tika itu kita hanya mampu berdoa pada Allah kerana orang yang kita sayang itu milik Allah, meyakini Allah akan menjaganya dengan penjagaan yang terbaik.
Sahabat, awalnya kita dengan lafaz bismillah. Gundahnya kita baca dengan husnudzon. Sentiasanya kita dengan alhamdulillah. Walaupun kita bukan dari 'rahim' yang sama namun kita di bawah ar-Rahim yang sama.

Mohon ampun dan maaf (dunia akhirat) andainya Abdi Ilahi ini pernah mengguris secara sengaja atau tidak sengaja.

"Sekali kita bersahabat, selamanya sahabat itu tetap terpahat"

1 comment: