.Hari Ini.


Wednesday, January 19, 2011

.Bila ALLAH Menduga Kita.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Bila Allah menduga kita..
Terasa tak terbendung beratnya dugaan yang menimpa..
Terasa ingin pecah dada ini..
Kerana dugaan yang menimpa,
Datang tanpa kita menduganya..

Bila Allah menduga kita..
Tanpa sebarang isyarat,
Tanpa sebarang petanda..
Menarik yang terbaik dalam hidup kita..
Rasa keseorangan mula berleluasa..

Bila Allah menduga kita..
Tangis sendu menyesakkan dada
Kita bagaikan terlupa cara untuk mengukir senyuman..
Bila Allah menduga kita..
Terasa kelam alam ini..
Dunia bagaikan terhenti putarannya..

Benarkah?
Benarkah begitu sahabatku?

Andai benar,
Bersabar dan bersyukurlah,
Kerana kita masih diberi peluang bernafas,
Untuk terus beribadah kepadaNya

Kadangkala kita lupa,
Kita makhluk ciptaanNya..
Segalanya  yang ada
Adalah milik DIA
DIA yang Esa..

Setiap denyutan nadi..
Setiap nafas yang dihela,
Setiap langkah yang diatur..
Semuanya milik DIA..

Kita?
Kita tak punya apa-apa..

Maka sahabat,
Bersangka baiklah padaNya..
Yakinlah setiap yang diberiNya
Adalah yang terbaik buat kita..
Kerana DIA sebaik-baik Perancang..

Maka sahabat,
Berdoalah kepada Rabb mu..

Ya Rabb..
Kala ini langkahku sumbang sekali..
Pincang rasanya..
Lelah dadaku saat ini..

Ya Rabb..
Aku begitu mendambakanMu..
Dalam setiap denyutan nadiku..
Dalam setiap hela nafasku..
Dalam setiap jejak langkahku..

Di mana jua bumi ku pijak
Di mana jua langit ku junjung
Walau tika susah..
Walau tika senang..
Walau tika suka..
Walau tika duka..
Aku tidak akan sesekali berhenti mencari redhaMu..

3 comments:

  1. Yaa Robb!!
    Jika tidak keterlaluan..
    Kurniakan kami hati para nabi..
    agar dpt kami telan..
    nikmat dan ujian..
    dengan penuh kesyukuran..

    agar kami tidak mudah melatah
    berhadapan mehnah..

    Kami abdiMu yang Faqiir ..
    tak jemu musafiir..
    mencari rahmahMu ..ridho-Mu..
    walau tersembunyi disebalik..
    peritnya memikul beban kesusahan,
    kekurangan..kegagalan..kehilangan..
    kemiskinan, kesakitan..

    Segala beban jiwa akan jadi ringan..
    andainya..ridhoMu .. yg dijanjikan
    -pendaki senja-

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya nyawaku,
    Jasadku,
    Hatiku,
    Jiwaku,
    Hidupku,
    Matiku,
    Adalah milikMu..
    Hanya padaMu
    Tempat kami bergantung harap..
    Dan memohon pertolongan..
    Ameen ya Rahman..
    Ameen ya Rahim..
    Ameen ya Rabbal Alamin..

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum

    Minta izin share info buku terbaru Syed Alwi :)

    Tajuk: Senyumlah, Apa pun masalahmu Ia pasti akan berlalu
    Penulis: Syed Alwi Alatas
    Penerbit: Galeri Ilmu (Malaysia)
    Harga: RM 21.00 (Semenanjung Malaysia), RM 23.00 (Sabah/ Sarawak)
    Terbit: May 2011

    Insya Allah pada hujung minggu ini atau awal minggu hadapan sudah boleh didapat di kedai-kedai buku di Malaysia.
    Tengok juga Page-nya di Facebook: http://www.facebook.com/pages/Senyumlah-Apa-pun-masalahmu-Ia-pasti-akan-berlalu/116783405069645

    ReplyDelete