.Hari Ini.


Thursday, January 13, 2011

.Istiqamah.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



"Kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan,
kesabaran itu ketenangan, kemaafan itu kekuatan,
kepandaian itu kekayaan, istiqomah itu bukti kehambaan" 

Istiqamah dalam beramal:

1.Kena ada HIMMAH. Maksud himmah dengan bahasa yang mudah adalah kekuatan dorongan hati, tekad dan keazaman yang kuat untuk mendapatkan sesuatu dan tumpuan hati kepada perkara yang hendak diperolehi itu.

2.Kena ada ILMU, sebagai peta.

3.Kena tahu 'YARDSTICK' atau KAYU UKUR barulah kita boleh istiqamah, jika nak ke Mekah jalan kaki baru sampai Thailand kayu ukur kata jauh lagi, jadi kita akan bersungguh2 lagi dalam perjalanan, sebab kayu ukur kita baru mula.

4.Kena ada rakan taulan sejalan untuk MUZAKARAH.

TAPI bila dah ada ILMU sekadarnya atau banyak, nak berAMAL tu susah sebab ada 4 halangan besar:
1. Dunia
2. Makhluk
3. Syaitan
4. Nafsu

Kena atasi 4 halangan ini dulu, baru mudah untuk berAMAL

Bila dah beramal banyak jangan RASA DAH PUAS dgn amal ibadat kita kerana amal itu diiringi oleh:
1. Syaitan
2. Nafsu

Setiap lirikan mata dalam ibadat seperti solat, Rasulullah saw kata syaitan sudah mengiringi solat itu. Misalnya semasa solat, kita lirik kepada cincin di jari, atau sejadah cantik, itu baru lirikan mata, syaitan sudah SAMBAR apatah lagi (kata Sheikh Ibnu Qoiyum aljauzi) lirikan hati kepada selain Allah swt semasa solat dll.

Bila dah istiqamah, kena ikhlas dalam beramal. Ikhlas BUAT SESUATU KERANA ALLAH.

IKHLAS dari sudut orang awam:
1.Kena tahu tujuan kita beramal (HALUAN,TUJUAN DAN HABUAN)
2.Jangan bergantung atau IKTIMAD atas amal.
3.Jangan ada nak upah atau ganjaran dari amalan itu.
4.Jangan berkira2, amalan ni fadhilat apa? apa rahsia? apa natijah?

Langkah untuk jaga IKHLAS kita; jangan kagum dengan amal, jangan gembira boleh beramal, tetapi gembiralah kerana Allah swt pilih kita boleh beramal. Kalau kita gembira kita sudah beramal, boleh beramal, boleh buat banyak amal, kita akan secara tak sedari sudah bergantung kepada diri sendiri:
1.Kuat kita
2.Cerdik kita
3.Harta kita, duit kita.
4.Keturunan kita.
5.Ilmu kita

Jangan kagum dengan amal kita kerana Allah lah yang mencipta amal kita. Kita gembira sebab Allah pilih kita untuk beramal dan takdirkan kita beriman, berislam dan berihsan. Jadi kita gembira syukur Allah pilih kita. Insya'Allah jika kita ada perasaan begitu, IKHLAS kita akan SELAMAT.

Allah swt berfirman:
"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah." (Al Mulk : 19)

. . . . . . . . . . . . . . . . 

Semua manusia binasa KECUALI orang ada ilmu, semua ahli ilmu binasa KECUALI orang yang beramal, semua orang beramal binasa KECUALI orang yang ikhlas, semua orang ikhlas, perlu cemas lagi, bimbang, takut allah swt, tidak terima amalannya.




No comments:

Post a Comment