.Hari Ini.


Thursday, November 17, 2011

.Adakah cerita kita tetap sama?.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Satu ketika dahulu, adikku pernah bertanya kami sewaktu kepulangan kami ke kota scotland sepulang dari program di Birmingham.

‘Kak, bila lagi kita nak jalan sama-sama lagi?’

Hatinya mungkin sayu.

Dan aku menatapnya pilu.

Mungkin itulah detik terakhir aku melihatnya sebagai seorang gadis.

Dia pulang ke tanah air setelah itu, dan malam ni alhamdulillah selamat diijabkabulkan dengan lelaki terbaik, pilihan Allah buatnya.

‘Apa perasaan aisyah, akak nak kahwin ini?’

Dahulu pernah aku ditanya begitu di saaat kakak yang rapat denganku akan berumah tangga.

Memang bila kita masih single, kita suka kawan-kawan/akhawat sentiasa bersama kita.

Namun bile mereka diambil oleh lelaki asing, tentulah keadaanya tidakkan sama lagi.
Manusia perlu berkahwin. Itulah sunnatullah. Itulah fasa yang perlu dihadapi. Dunia akan terus berjalan, dan manusia akan hidup dengan pasangannya, mencipta mimpi dan cita-cita.

‘Dulu time tak kahwin, ada je masa dengan kita. Sekarang dah kahwin, tak pernah duduk lama2 dengan kita dan borak lama2. nak pergi mana-mana mesti pergi dengan hubby.’

Memang itu norma. Tak dapat dielakkan. Jika kita berada ditempatnya, kita pasti melakukan perkara yang sama.

(sebab itu setiap akhawat yang dah kahwin akan bermatian mencari pasangan untuk mutarabbinya kerana memahami kesedihan itu)

Perkara ini bukan dirasai oleh akhawat sahaja. orang biasa pun sama.

Itulah sunnatullah.

Sebab itulah, sebagai murabbi, perasaan kita pasti bercampur baur ketika menyaksikan pernikahan mutarabbi/akhawat/sahabat baik kita.

Kita teramat gembira untuk dia. Dan kita akan bantunya sedaya mungkin melalui proses pernikahan itu.

Namun ada satu posisi yang tak dapat kita lari darinya.

Kita akan ‘terasa’ kehilangannya.

Keadaan pasti tak sama seperti dahulu.

Dia berlainan apabila pada awal pengenalan kita dah kenal orang itu sudah berkahwin, sebab kita boleh adapt.

Seperti saya, meladeni zarith dari usia mudanya bertatih di bumi dakwah ini. Melihatnya tumbuh dan subur menjadi seorang mujahidah yang akhirnya acapkali menjadi pembantu saya dalam pelbagai perkara. Hinggalah di tahap ini kami semarhalah dalam tarbiyah. Pelbagai peristiwa dan cerita dilalui. Semua perkara diqadhayakan bersama. Suka dan duka, tangis dan tawa. Malah kereta dakwah kami banyak menyaksikan pergaduhan kami, dan air mata yang berguguran kerananya.

Bagaimana tidak aku anggapnya istimewa, kerana pada dirinya aku temui kekuatan dan teguran pedas sehinggakan aku merasai pada setiap tegurannya…

‘Dia ini tak faham ke perasaan orang. asyik fire je..’

Namun itulah dia sahabatku, dan mungkin tak ramai memahamiku seperti dia.

‘Adakah sister kita akan sama seperti mana dia dah kahwin dan sebelum kahwin?’

Logiknya memanglah kene berbeza. sebab itulah fasanya akan jadi berbeza.

Namun mindset/matlamat kepada baitul dakwah itu teramat penting.

Aku ceritakan pada kamu sebuah cerita.

Tentu kamu amat mengkaguminya.Orang sebegini tidak mampu menukilkan tinta emas mereka kerana kesibukan mereka yang melampau untuk agama Allah dan RasulNya, serta menunaikan hak peribadi mereka yang lain.

Ukhti ini seorang doktor pakar perubatan (Jawatan registrar/associate specialist) di sebuah hospital di Malaysia. Dai ada 4 orang anak yang semuanya agak kecil.

Dahulu pernah dia memegang usrah seramai 20 orang. Maknanya setiap 20 orang itu pasti memiliki sekurang-kurangnya 10 anak binaan.

Dan anak-anak binaan di bawahnya itu memiliki lagi binaan yang lain.

Pernah apabila dibuat statistik, usrah tree mereka memiliki 800 orang ahli.. semuanya bernukleuskan usrah ukhti itu tadi.

Kalau antum bekerja sebagai doktor, antum tahu betapa perit dan letihnya waktu oncall.

Orang biasa akan balik rumah, makan, dan tidur.

Bagi daie seperti dia, habis kerja, pergi usrah, makan di tempat usrah, qadhaya, dan tidur 3-4 am, kemudian bekerja semula pada 7 amnya semula.

Orang biasa akan gunakan hujung minggu untuk mengemas rumah atau pergi bercuti. Bagi daie, seminggu dalam sebulan untuk keluarga, seminggu dalam sebulan untuk kenduri, seminggu sebulan untuk daurah diri sendiri, seminggu sebulan untuk daurah mutarabbinya.

Namun orang sesibuk itu bagaimana pula? Masih lagi ada mesyuarat dan program-program kemasyarakatan yang lainnya.

Dalam arus kebangkitan dakwah dan tarbiyah ini, ramai orang mendambakan kesinambungan dakwah dan tarbiyah di Malaysia. Terutamanya bagi pelajar di luar negara.

Pernah nama-nama pelajar ini diserahkan padanya untuk disambungkan tarbiyah di Malaysia. Ketika itu dia baru pulang dari bekerja. Kemudian ada usrahnya sendiri yang habis pukul 1-2 am. Lepas menyusukan anaknya dia mahu sahaja tidur kepenatan, namun melihat borang-borang pindah ahli yang tak disentuh lagi dia berkata:

‘Kalau aku tak buat amanah ni, Allah pasti akan cari orang lain untuk buat.’

Dia melawan kepenatan dan keletihan badannya untuk membalas emel dan menguruskan perpindahan itu malam itu.

Dan dia cuma tidur sejam sahaja malam itu sebelum kembali bekerja di hospital.

Saya amat kagumi ukhti itu. Dan saya rasa amat dekat dengannya. Walaupun dia sudah berkahwin dan ada 4 orang anak. Dirinya tak pernah rengang dan jauh dari kami. Sentiasa dekat. Sentiasa ada ruang-ruang berkongsi masalah dan bertanya khabar.

Adakah cerita kita tetap sama? Walaupun status kita akan bertukar nanti?

Pasti ya,

Bila dakwah dan tarbiyah, tetap menjadi paksi hidup kita.

Insyaallah.



~Istimewa buat Hamraa~
Cerita ini cerita kita
Jika suatu masa dahulu diberi maka tiba masa untuk dipulangkan..

爱月亮

1 comment:

  1. saya harap saya sentiasa kekal dalam usrah...usrah cinta menuju Dia..<3

    ReplyDelete